
Kalau anda perasan hari ini ramai warga Bangladesh yang mula berniaga di negara kita. Bukan sekadar berniaga malah sudah ada yang bergelar jutawan dengan hanya berniaga di Malaysia.
Jika dulu sering popular menjadi 'kuli' di stesen minyak sahaja, kini mereka sudah mula berniaga dengan pelbagai jenis perniagaan seperti membuka kedai runcit, menjadi kontraktor, kedai handphone dan banyak lagi.
Berikut adalah beberapa sebab mereka gemar membuat duit di Malaysia.
#Peluang perniagaan
Peluang perniagaan di Malaysia sangat luas. Dulu mereka hanya menjual karpet dengan menaiki basikal. Kini, mereka telah membuka kedai sendiri.
Selain itu, peluang perniagaan bukan sahaja di tengah bandar malah juga di kawasan kampung dan pedalaman.
Selain itu, mereka juga sudah mula berniaga menggunakan medium online seperti facebook.
#Senang untuk jual
Dengan berbekalkan mulut yang 'manis'. mereka mempunyai bakat tersendiri untuk menjual produk atau servis kepada rakyat Malaysia.
Sesetengah dari mereka juga boleh menawarkan servis dan produk dengan harga yang murah berbanding pasaran luar. Oleh sebab itu, mereka mendapat permintaan yang sangat tinggi.
#Untuk sara keluarga di kampung
Tujuan utama mereka datang ke negara ini adalah untuk menyara keluarga di kampung. Ini adalah satu 'big why' yang sangat kuat. Suka atau tidak, mereka akan terus bekerja.
Dengan nilai matawang Ringgit yang tinggi, mereka merasakan duit yang diterima adalah sangat banyak berbanding bekerja di negara sendiri.
#Kurang rasa malu
Salah satu sikap mereka yang baik adalah tidak rasa malu terutama untuk melakukan kesilapan. Walaupun kesilapan yang dilakukan sering diejek oleh orang ramai, mereka tetap terus berniaga.

#Support dari kawan
Jika anda tanya kepada mereka apa yang boleh mereka buat, mereka akan jawab "semua boleh". Walaaupun mereka tidak mampu menyediakan servis atau produk, mereka akan sentiasa ambil kerja atau permintaan dari pelanggan.
Apabila mereka tidak boleh tunaikan permintaan pelanggan, mereka akan berikan kerja tersebut kepada kawan-kawan mereka. Mereka akan sentiasa support perniagaan kawan-kawan mereka sendiri.