Dah sakit. Perlu ke ambil pelan perlindungan lagi?

Image result for ward hospital room
Biasanya kalau ada penyakit, ejen takaful memang tidak akan layan anda. Sebabnya, permohonan kad perubatan anda memang tidak akan diterima.

Jika diterima sekalipun, anda terpaksa melalui satu proses yang panjang seperti memerlukan satu medical check up yang baru. Selain itu, sumbangan bulanan anda juga kemungkinan besar akan menjadi lebih tinggi.

Jika anda sudah mempunyai penyakit, adakah perlu juga untuk ambil pelan perlindungan? Jawapannya ada dibawah.

Manfaat pampasan kematian

Walaupun anda sudah mempunyai penyakit, anda masih memerlukan manfaat pampasan kematian untuk kepentingan keluarga anda.

Biasanya, untuk dapatkan permohonan manfaat pampasan kematian masih lagi boleh lulus walaupun sudah mempunyai penyakit.

Walaupun kematian disebabkan oleh penyakit sedia ada tersebut tidak akan dapat, anda masih terdedah dengan risiko kematian disebabkan oleh perkara lain seperti kemalangan.

Masih banyak lagi penyakit

Walaupun anda sudah mempunyai satu penyakit, anda masih berisiko untuk menghidap pelbagai lagi jenis penyakit.

Kad perubatan mampu untuk membantu anda ketika dimasukkan ke hospital. Sekurang-kurangnya, anda tidak perlu mengeluarkan duit sendiri untuk perbelanjaan kos perubatan.

Memohon kad perubatan ketika sudah mempunyai penyakit memang agak sedikit leceh kerana proses lebih lama dan kemungkinan permohonan anda akan ditolak.

Namun, anda perlu tahu bahawa penyakit kritikal memang tidak lepas untuk anda ambil kad perubatan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi mana-mana ejen takaful yang berhampiran.

Selain itu, pastikan anda declare semua penyakit sedia ada. Jangan kerana ingin ambil kad perubatan, anda menipu dengan tidak mendedahkan penyakit anda. Kes seperti ini akan menyusahkan anda pada masa akan datang.

Baca : Bagaimana memilih pelan takaful yang sesuai dengan diri anda

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post