GST untuk lebih 60 makanan baru dibatalkan pula. Apakah yang sedang berlaku?


Berita baik untuk semua rakyat Malaysia apabila Cukai Barangan dan Servis (GST) yang dikenakan terhadap lebih 60 makanan asas telah dibatalkan. Pada peringkat awal, pengenaan GST tersebut bakal bermula selepas raya iaitu 1 Julai 2017.

P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 telah diwartakan pada 6 Jun 2017. Namun, perintah cukai ini tidak dibincangkan bersama Kementerian Kewangan.

Ketua Pengarah Kastam iaitu Datuk Subromaniam memberitahu bahawa mereka telah membatalkan perintah cukai tersebut selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan.

Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak Kastam.



Berdasarkan kenyataan akhbar diatas, antara barang yang termasuk dalam makanan yang akan dikenakan GST adalah seperti ikan belut, ikan todak, sayuran sejuk beku, buah-buahan import dan lain-lain lagi.

Pengurusan yang lemah

Menurut Menteri Kewangan II, Johari Abdul Ghani, setiap barang atau item baru yang ingin dikenakan GST perlu mendapat kelulusan dari kabinet terlebih dahulu.

Namun, sebaliknya pula berlaku apabila perintah cukai telah diwartakan terlebih dahulu tanpa kelulusan kabinet. 

Kos sara hidup

Apabila GST mula dikenakan pada tahun 2015, kos sara hidup rakyat Malaysia semakin meningkat hasil dari kenaikan harga barang jualan. Walaupun terdapat beberapa jenis barang yang dikecualikan cukai, kesan kenaikan masih dapat dirasakan.

Oleh sebab itu, pengenalan barang baru yang akan dikenakan GST ini hanya akan meningkatkan lagi kos sara hidup dan beban rakyat Malaysia.

Diharapkan agar pembatalan cukai ini memberi berita baik kepada rakyat Malaysia.

Comments

  1. Sepatutnya mereka yang bertanggungjawab memilih barangan yang perlu dicukaikan dah boleh fikir patut atau tidak makanan mentah dikenakan GST. Tak perlulah tunggu bantahan rakyat untuk dibatalkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)