Apa itu CCRIS dan bagaimana cara untuk dapatkan CCRIS anda.


Sebelum anda ingin memohon pinjaman dari pihak bank, anda perlu semak dahulu laporan CCRIS anda. Laporan CCRIS ini akan menentukan sama ada anda layak untuk memohon pinjaman dari pihak bank atau tidak.

Apa itu laporan CCRIS?

Central Credit Reference Information System (CCRIS) adalah satu laporan kredit/pinjaman anda dengan pihak bank. Semua rekod pinjaman anda dengan pihak bank akan keluar dalam satu penyata ringkas.

Pihak bank akan menggunakan laporan CCRIS ini untuk menilai kelayakan pinjaman anda.


Melalui laporan CCRIS tersebut, anda boleh melihat rekod bayaran anda kepada pihak bank. Jika anda sering bayar pada masa yang telah ditetapkan, iaitu sebelum tarikh akhir, rekod anda akan tertulis dengan nombor '0' setiap bulan. 

Angka '0' menunjukkan yang anda tidak pernah bayar lewat kepada pihak bank. Namun, jika anda bayar lewat pula, rekod anda akan tertulis dengan nombor '1' jika lewat sebulan, '2' jika lewat dua bulan dan seterusnya.

Kesan jika sering bayar lewat

Jika laporan CCRIS anda tertulis nombor yang besar seperti '5' iaitu tidak bayaran lewat hingga lima bulan, anda akan lebih sukar untuk memohon pinjaman seterusnya. Pihak bank tidak sukar untuk memberi pinjaman jika anda mempunyai rekod pembayaran balik yang buruk.

Jika laporan CCRIS anda mempunyai angka '1' setiap bulan, ini menunjukkan bayaran anda terlewat dari tarikh akhir bayaran yang sebenar. Anda perlu semak semula tarikh akhir bayaran dan buat bayaran sebelum tarikh tersebut.

Bagaimana cara untuk dapatkan laporan CCRIS?

1. Bank Negara Malaysia

Anda boleh pergi ke Bank Negara Malaysia dan bawa Mykad anda sahaja. Anda boleh gunakan kiosk yang disediakan atau berjumpa dengan pegawai bertugas jika mykad anda tidak boleh digunakan di kiosk.

2. Email

Anda juga boleh dapatkan laporan CCRIS anda melalui email sahaja. 
a) Dowload borang anda disini [BORANG].
b) Print borang tersebut dan lengkapkan
c) Hantar semula ke bnmtelelink@bnm.gov.my

atau

Anda juga boleh emailkan ke info@creditbureau.com.my dan sertakan sekali dua (2) dokumen seperti lesen memandu, passport, bil air bil elektrik, bil telefon atau penyata KWSP.


3. SMS

Hantar BNM CCRIS [email anda] ke 15888. Caj RM0.15 akan dikenakan.

4. Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd,

Anda juga boleh pergi ke pejabat Credit Bureau Malaysia di alamat berikut :

Level 5, Bangunan CGC, Kelana Business Centre,
No 97, Jalan SS7/2, 47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Pastikan anda bawa Mykad dan lesen memandu anda.


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post