Siapa yang layak mohon 'Skim Peduli Sihat' dan apa manfaatnya



Satu lagi alternatif bagi mengurangkan beban rakyat dari segi kos perubatan adalah melalui skim peduli sihat yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor.

Berikut adalah maklumat berkenaan skim peduli sihat yang mungkin sesuai untuk anda yang bergaji rendah.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

Kategori A : Keluarga

Pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan
Warganegara Malaysia
Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor lebih dari 10 tahun


Kategori B : Individu

Individu berumur 21 tahun dan ke atas
Pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan
Warganegara Malaysia
Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor lebih dari 10 tahun

Manfaat bagi skim tersebut pula adalah seperti berikut:

Kategori A : Keluarga

Had pembiayaan setahun adalah RM500
Had gunaan setiap kali rawatan adalah RM50

Kategori B : Individu

Had pembiayaan setahun adalah RM200
Had gunaan setiap kali rawatan adalah RM50

Untuk melihat panel klinik yang mengambil bahagian dalam skim ini, anda boleh semak di sini [KLINIK PANEL]

Bagaimana untuk memohon?

1. Secara Online [pedulisihat.com]
2. Pergi ke pejabat Ahli Dewan Negeri Selangor [Pejabat]

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)