4 'cerita sebenar' pelajar universiti perlu tahu tentang hutang


Kebanyakan lepasan pelajar universiti menginginkan kereta impian serta rumah yang selesa selepas tamat belajar. Semuanya kelihatan mudah terutama selepas mendapat kerja yang stabil--Dapat gaji, bayar ansuran kereta.

Anda sebenarnya perlu merancang dengan lebih teliti sebelum mengambil sebarang bentuk hutang atau pinjaman. Hutang pertama anda akan menentukan pengurusan kewangan masa depan anda.

Beli kereta mahal-mahal kemudian tidak layak beli rumah. Pernah dengar?

Berikut adalah 'cerita sebenar' berkenaan hutang yang pelajar universiti perlu tahu sebelum masuk ke alam pekerjaan yang sebenar.

Hutang pertama adalah kunci hidup anda

Ya, jika anda salah pilih hutang pertama anda, pengurusan kewangan akan menjadi tidak terurus. Ini terjadi kepada ramai anak muda sehingga kadar bankrap anak muda meningkat dengan tingginya pada tahun lepas.

Baca : Kadar bankrap anak muda naik 178%. Mana silapnya.

Antara hutang yang menjadi punca anak muda menjadi bankrap adalah pinjaman peribadi dan kereta. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati dalam memilih hutang pertama anda.

Pastikan hutang pertama anda mempunyai ciri-ciri berikut:
  1. Tidak melebihi 10% dari gaji anda (kecuali jika hutang baik)
  2. Tempoh pinjaman tidak melebihi 5 tahun
  3. Bukan untuk sertai skim cepat kaya
Hutang rumah lebih susah lulus berbanding kereta 


Setiap pinjaman mempunyai kriteria dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak bank. Satu perkara yang anda perlu tahu adalah pinjaman kereta lebih mudah lulus berbanding rumah.

Gaji rendah boleh beli kereta tetapi tidak boleh beli rumah. Pelik? Itu realitinya. Namun, selain dari faktor syarat-syarat yang ketat, sikap individu tersebut juga yang menyebabkan pinjaman perumahan sukar untuk lulus.

Ramai yang tersilap langkah dalam pengurusan kewangan sehingga gagal dapatkan rumah pertama. Jika anda masih di universiti, anda mungkin tida di ajar bagaimana untuk susun profil kewangan anda dan cara untuk lulus pinjaman perumahan.

Nak berhutang perlukan hutang

Anda tiada hutang langsung dan anda rasa anda boleh beli rumah?--mungkin ya, mungkin tidak. Ramai yang beranggapan jika mereka tidak mempunyai sebarang hutang, mereka lebih mudah untuk mohon pinjaman perumahan terutamanya.

Namun, terdapat beberapa kes dimana pinjaman perumahan ditolak atau tidak mendapat pembiayaan yang tinggi hanya kerana tidak mempunyai hutang langsung dengan pihak bank. Kenapa?--SEBAB PIHAK BANK TIDAK KENAL ANDA.

Pembiayaan perumahan antara hutang yang besar jumlahnya sebab itu pihak bank tidak mudah untuk berikan kepada anda. Pihak bank perlu lakukan 'Know Your Client' dahulu iaitu dengan mengenali latar belakang pemohon.

Bagaimana nak buat pihak bank kenal anda?--Ambil hutang dan bayar tanpa pernah gagal. Dengan cara ini, pihak bank tahu anda adalah seorang pembayar hutang yang baik.

Hutang baik dan hutang jahat

Ini salah satu terma yang anda mungkin tidak pernah dengan di universiti. Jika ada, mungkin terma tersebut memberikan maksud yang berbeza.

Definisi :


Hutang baik - hutang yang akan meningkatkan pendapatan anda dan pada masa yang sama tidak mengurangkan perbelanjaan anda

Hutang jahat - hutang yang akan mengurangkan pendapatan anda dan pada masa yang sama meningkatkan perbelanjaan anda.

Contoh :

Hutang baik - Beli rumah dan sewa--ansuran tersebut dibayar oleh pihak bank dan anda juga akan terima lebihan tunai dari sewa tersebut (jika pelaburan anda berjaya)

Hutang jahat - Beli kereta yang mahal--anda bayar ansuran menggunakan gaji anda dan apabila jual, anda masih perlu tambah duit anda sendiri.


Baca : 7 kesilapan kewangan yang masih dilakukan oleh Melayu hari ini

Jangan guna nama orang lain atau sebaliknya

Sesetengah bank memerlukan penjamin atau guarantor sebagai salah satu syarat untuk lulus pinjaman. Jika ini berlaku, sebaiknya cuba elakkan sama ada anda sebagai penjamin kepada orang lain atau orang lain sebagai penjamin anda.

Risiko yang perlu anda tahu adalah apabila berlakunya kegagalan pembayaran semula. Pihak bank bukan sahaja mencari peminjam malah penjamin juga akan terlibat sama.

Selain itu, jika anda merancang untuk mengambil pinjaman dengan menggunakan nama orang lain (keluarga terutamanya), mungkin anda patut hentikan rancangan anda. Generasi terdahulu banyak menggunakan kaedah 'nak tolong' ini dan akhirnya akan memakan diri sendiri.

CCRIS oh CCRIS

Cabaran besar kebanyakan lepasan universiti pada hari ini adalah mereka telah 'dipakejkan' dengan hutang pembelajaran. Keluar universiti bersama segulung ijazah dan satu jumlah pinjaman yang besar.

Itu salah satu tanggungjawab besar yang mereka hadapi pada hari ini. Apabila ramai lepasan unviersiti yang gagal membayar semula hutang pendidikan tersebut, pihak yang memberi pinjaman telah mengambil langkah drastik dengan menyenaraikan nama mereka dalam laporan CCRIS.

Apabila nama anda disenaraikan dengan rekod yang tidak baik, masa depan anda menjadi lebih sukar. Keluar universiti, cepat-cepat cari kerja, bayar hutang pendidikan. Inilah realitinya.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)