ASNB umumkan dividen ASB lebih rendah untuk tahun 2016(6.75 sen)


Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan dividen dan bonus bagi Amanah Saham Berhad (ASB) untuk tahun 2016 iaitu 6.75 sen seunit(dividen) dan 0.50 sen seunit (bonus).

Jumlah tersebut adalah lebih rendah berbanding pengagihan pendapatan pada tahun sebelumnya iaitu sebanyak 7.25 sen seunit.

Dengan faktor ekonomi di Malaysia yang tidak menentu, penurunan kadar keuntungan tersebut adalah sesuatu yang sudah dijangka. Penurunan bukan sahaja berlaku bagi ASB, malah kebanyakan instrumen pelaburan yang lain.

Pelaburan Jangka Masa Panjang

Bagi individu yang membuat pelaburan ASB untuk jangka masa panjang, penurunan kadar dividen tersebut bukanlah satu masalah yang besar. Instrumen pelaburan berdasarkan konsep unit trust adalah satu pelaburan jangka masa panjang bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi setiap 10 tahun.

Baca : Nak simpan 10% setiap bulan pun susah. Semak semula kewangan anda

Trend menurun

Berdasarkan rekod 5 tahun sebelum, kadar dividen yang diberikan oleh ASB adalah dalam keadaan menurun. Berikut adalah sejarah dividen 5 tahun sebelum ini.

2016 : 6.75
2015 : 7.25
2014 : 7.50
2013 : 7.70
2012 : 7.75

Manakala bonus pula adalah seperti berikut:

2016 : 0.50
2015 : 0.50
2014 : 1.00
2013 : 1.00
2012 : 1.15

Berdasarkan rekod sebelum ini, penurunan berlaku dari tahun 2012 sehingga tahun 2016. Bagi mengelakkan anda terkesan dengan penurunan kadar dividen tersebut, anda boleh mempelbagaikan pelaburan anda di instrumen lain seperti dana unit trust lain, pemilikan emas, pembelian hartanah, saham dan lain-lain lagi.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)