Lelaki ini kongsi tip mudah untuk jadi MDRT dalam industri takaful



Salah satu kejayaan terbesar dalam industri takaful ini adalah apabila berjaya mencapai status Million Dollar Round Table (MDRT). Ramai ejen takaful inginkan status ini kerana status MDRT ini diiktiraf secara global seluruh dunia.

Pada tahun 2016, salah seorang yang telah berjaya untuk mencapai status MDRT ini adalah Faizal Assip dari Imtiyaz Consultancy. Beliau telah tiga kali bergelar MDRT iaitu pada tahun 2009, 2010 dan 2016.

Berikut adalah beberapa tip yang dikongsi oleh beliau sendiri untuk menjadi ahli MDRT dalam industri takaful ini.

Fokus

Salah satu rahsia untuk berjaya dan mencapai status MDRT yang dikongsi oleh beliau adalah dengan sentiasa fokus kepada impian kita.

“Untuk mencapai status MDRT ini, saya sentiasa fokus kepada matlamat saya untuk menjadi MDRT dan ini adalah matlamat utama saya dalam bidang takaful.”

Beliau juga tidak melakukan banyak perkara dalam satu masa seperti menjual produk kewangan lain seperti unit trust atau pembiayaan ASB.

Konsisten walaupun sering ditolak

Proses untuk mencapai kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah kerana akan menghadapi pelbagai jenis halangan dan penolakan dari orang ramai. Dalam bidang takaful, halangan utama adalah apabila ditolak oleh bakal pelanggan.

Namun, usaha berterusan dan konsisten setiap bulan walaupun banyak kali ditolak oleh orang ramai menyebabkan beliau mencapai status MDRT ini. Beliau juga berkaitan “Walaupun banyak kali ditolak oleh bakal pelanggan, saya tahu rezeki saya akan datang apabila saya terus berusaha.”

Baca : Perbezaan antara insuran konvensional dan takaful

Selain itu, putus asa memang tidak pernah ada dalam hidup dan hasilnya ini adalah kali ketiga beliau bergelar MDRT dalam seumur hidup.

Sentiasa positif

Ramai ejen takaful yang berhenti kerja kerana tidak tahan dengan industri takaful sendiri serta gagal mencapai apa yang diinginkan dalam industri ini. Faizal Assip berkongsi pengalaman beliau yang berjumpa dengan ramai bakal pelanggan dalam hidup beliau.

Walaupun sering kali ditolak dengan kata-kata yang negatif, beliau tetap meneruskan kerja beliau dan percaya setiap usaha pasti akan mendapat ganjaran pada masa akan datang. Selain itu, beliau juga bersyukur kerana ramai pelanggan dan rakan-rakan  yang memberi sokongan moral untuk meneruskan pekerjaan sebagai ejen takaful.

Jangan terlalu fokus kepada masalah

Dalam setiap pekerjaan, masalah akan sentiasa ada. Asasnya, jangan terlalu fokus kepada masalah tetapi teruskan fokus kepada impian yang telah dirancang. Jika terlalu fokus kepada masalah, minda kita akan tertutup untuk berfikir tentang jalan penyelesaian yang terbaik.

Doa

Dalam setiap apa yang kita lakukan, doa adalah senjata paling kuat dan mudah. Hari-hari kita perlu berdoa supaya kerja yang kita lakukan setiap hari dipermudahkan. Beliau juga sempat berkongsi tip ketika berdoa, “Bila berdoa, pastikan kita berdoa dengan bersungguh-sungguh dan mengadu sepenuh hati. Apabila sudah berdoa, kita akan buat dengan sebaiknya.”

Selalu bersama mentor

Di sebalik kejayaan seseorang, mesti ada orang yang menjadi mentor dalam hidup mereka. Bagi Faizal Assip, beliau gemar untuk sentiasa berdamping dengan mentor dan ketua beliau sendiri setiap masa kerana banyak ilmu yang boleh dipelajari.

Mentor ini sangat penting terutama ketika kita sentiasa ditolak oleh bakal pelanggan dan memerlukan motivasi. Beliau juga ingin ingatkan kepada semua ejen takaful yang ingin berjaya, jangan lupa individu yang mengajar kita dari awal pembabitan kita dalam industri takaful ini dan sentiasa hormat mereka walaupun kita sudah berjaya.

Rancang dan tukar strategi

Akhir sekali, dalam industri takaful yang dibantu dengan bantuan teknologi, kita perlu sentiasa tambah nilai hidup kita dengan kesesuaian semasa seperti penggunaan medium internet.

Apabila strategi yang kita sering gunakan gagal memberi hasil seperti yang kita harapkan, kita perlu tukar strategi baru dan belajar dengan orang lain. Walaupun beliau sudah mempunyai pengalaman yang lama dalam industri takaful, beliau masih belajar dengan ejen takaful lain walaupun masih baru.

Selain fokus untuk  menolong pelanggan, beliau juga sentiasa membantu ejen di bawah beliau untuk mencapai kejayaan seperti beliau. Pada tahun 2017, beliau berharap dapat membantu semua ejen di bawah beliau mencapai status MDRT.

Pada masa yang sama, beliau juga ingin membuka peluang kepada individu yang ingin belajar secara terus dengan beliau dan menjadi sebahagian dari tim beliau. Bagi yang berminat. boleh hubungi beliau melalui facebook beliau Faizal Assip

3 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post