Bagaimana Time Value of Money membantu pelaburan anda


Image result for time value of money

Salah satu pelaburan unit trust yang mudah adalah dengan membuat simpanan RM300 sebulan selama 30 tahun, dan jumlah tersebut berpotensi untuk berkembang menjadi RM1,000,000. Melalui pengiraan pelaburan, jumlah tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil.

Salah satu perkara yang membantu pengiraan tersebut adalah melalui penggunaan Time Value of Money. Jumlah wang pelaburan akan meningkat jika dilaburkan pada tempat yang betul dengan kadar keuntungan yang baik.

Contoh-contoh dibawah memudahkan anda memahami konsep tersebut.

Contoh 1 : 
Najib (20 tahun)
Jumlah pelaburan : RM5,000
Kadar keuntungan : 10% setahun
Pelaburan ketika umur 50 tahun : RM87,245

Contoh 2 : 
Nazri (25 tahun)
Jumlah pelaburan : RM5,000
Kadar keuntungan : 10% setahun
Pelaburan ketika umur 50 tahun : RM54,174

Contoh 3 : 
Nazmi (30 tahun)
Jumlah pelaburan : RM5,000
Kadar keuntungan : 10% setahun
Pelaburan ketika umur 50 tahun : RM33,638

Melalui 3 contoh di atas, dengan jumlah pelaburan yang sama iaitu sebanyak RM3,000, tetapi pelaburan yang diterima ketika umur 50 tahun berbeza setiap orang.

Time Value of Money menunjukkan bahawa jika anda membuat pelaburan seawal mungkin, jumlah keuntungan yang anda terima lebih tinggi. Ini menunjukkan juga nilai wang RM5,000 tersebut berpotensi untuk meningkat kepada satu jumlah yang lebih besar pada masa hadapan.

Oleh sebab itu, anda digalak untuk melabur ketika masih muda untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi.

Baca : Simpan RM300 setiap bulan selama 30 tahun untuk dapatkan RM1juta

Contoh situasi lain

Bayangkan anda memenangi cabutan bertuah dan mempunyai dua pilihan:

Pilihan 1 : Ambil RM100,000 sekarang
Pilihan 2 : Ambil RM20,000 setiap tahun selama 6 tahun.

Jika anda ambil pilihan 2, anda akan mendapat keuntungan sebanyak RM20,000. Tetapi, adakah keuntungan tersebut bernilai selepas 6 tahun.

Bagi membuat perbandingan yang lebih adil, anda perlu mengira semula keuntungan pilihan kedua dengan menggunakan formula discounting dan baru anda boleh memilih sama ada pilihan satu atau dua.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post