Daftar haji hari ini, giliran tiba selepas 50 tahun. Mohon daftar segera.

Image result for tabung haji

Tahukah anda, apabila anda mendaftar untuk pergi haji melalui Tabung Haji, giliran anda untuk menunaikan haji mungkin selepas 50 tahun atau lebih. Perkara ini berlaku kerana quota yang telah ditetapkan serta permohonan yang terlalu ramai oleh rakyat Malaysia sendiri.

Oleh itu, anda digalakkan untuk mendaftar haji dengan pihak Tabung Haji secepat yang mungkin untuk mengelakkan giliran anda menjadi semakin lambat.

Untuk mendaftar haji, berikut adalah syarat-syarat yang perlu anda patuhi:

1. Mempunyai akaun Tabung Haji dengan baki minimum RM1,300.
Syarat minimum untuk buka akaun Tabung Haji adalah RM10 sahaja. Manakala jumlah RM1,300 tersebut tidak boleh dikeluarkan.

2. Tiada rekod pendaftaran haji yang sah

3. Pendaftaran haji tidak dibenarkan bagi mereka yang telah menunaikan haji dalam tempoh 5 tahun.

4. Pendaftara haji juga boleh dilakukan melalui akaun KWSP.
Anda boleh pergi ke pejabat atau kaunter Tabung Haji dan tunjukkan slip KWSP anda yang menunjukkan baki akaun 1 mempunyai minimum RM1,300.

Baca : Cara mudah untuk rancang pelan persaraan untuk bersara lebih awal

Tempat pendaftaran haji.

1. Semua kaunter Tabung Haji.
2. Kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat.
3. Mesin ATM Maybank dan Bank Islam
4. Laman web (M2U & e-Thijari)

Kos pergi haji

Kali pertama menunaikan haji (bagi musim 1437H):

Jumlah kos pergi haji keseluruhan : RM18,890
Jumlah yang ditanggung oleh pihak Tabung Haji : RM8,910
Jumlah yang ditanggung oleh peserta : RM9,980

Pernah menunaikan haji (bagi musim 1437H)

Jumlah kos pergi haji keseluruhan : RM18,890
Jumlah yang ditanggung oleh pihak Tabung Haji : -
Jumlah yang ditanggung oleh peserta : RM18,890

Kos yang terlibat adalah seperti kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Makkah, Madinah dan Jeddah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.

Bagi memudahkan jemaah haji yang kali pertama, anda boleh mengeluarkan wang melalui Akaun KWSP sejumlah RM3,000 sebagai perbelanjaan kos tersebut. Anda perlu membawa surat tawaran Terpilih pergi haji dan buku akaun Tabung Haji ke pejabat KWSP untuk proses pengeluaran tersebut.

Untuk pengetahuan anda, kuota yang dibenarkan oleh pihak Arab Saudi adalah sebanyak 0.1% sahaja dari Rakyat Malaysia. Manakala pemilihan yang dilakukan oleh pihak Tabung Haji adalah berdasarkan 'yang mendaftar dahulu didahulukan'.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftara haji, sila layari Tabung Haji.

Baca : Perbezaan keuntungan simpanan ASB dan pembiayaan ASB

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post