5 sebab ramai yang ingin menjadi perunding kewangan sepenuh masa


Image result for financial planner BENEFIT

Bekerja sendiri kini menjadi satu trend yang baru di negara kita dan ramai yang mula bertukar kerjaya dari bekerja makan gaji untuk menjadi usahawan. Di luar negara, bekerja sendiri bukanlah sesuatu yang baru.

Dengan sumber pendapatan yang lebih meluas terutamanya melalui medium internet, bekerja sendiri kini lebih mudah. Antara kerjaya yang menjadi pilihan ramai adalah perunding kewangan yang memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pelanggan dalam melanggan produk kewangan.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa ramai ingin menjadi perunding kewangan secara sepenuh masa.

Baca : 5 sebab kenapa berkawan dengan orang positif membantu anda menjadi kaya

Jadual sendiri

Apabila bekerja sendiri, anda boleh menyusun jadual anda sendiri tanpa perlu mengikut kata orang lain. Anda sudah boleh bahagikan masa anda untuk kerja dan perkara peribadi seperti urusan bank, pejabat pos dan JPJ yang biasanya hanya boleh dilakukan ketika waktu pejabat.

Selain itu, jika anda menjadi seorang perunding kewangan, kebanyakan pelanggan anda hanya mempunyai masa selepas waktu pejabat. Jadi, masa anda untuk jumpa pelanggan biasanya ketika waktu tengahari (lunch hour) atau selepas waktu pejabat iaitu selepas jam 6 petang.

Image result for stuck in traffic jam
Jadual aktiviti harian anda juga lebih teratur kerana anda tidak perlu bersesak dengan orang ramai jika mahu keluar. Anda tidak perlu keluar ketika waktu puncak lagi!

Jadi bos

Anda yang tentukan bagaimana cara anda bekerja, target bulanan anda dan bajet bulanan anda. Kini, anda adalah seorang bos dalam perniagaan anda.

Anda boleh bekerja dengan cara atau strategi yang anda rasa terbaik tanpa perlu mengikut arahan dari orang lain. Ini adalah kelebihan menjadi seorang perunding kewangan kerana anda yang menentukan strategi perniagaan anda.

Dan paling penting adalah, anda berpeluang untuk mewujudkan kumpulan anda sendiri dan menjadi seorang pemimpin. Ini adalah matlamat sebagai seorang perunding kewangan yang perlu dicapai. Bukan sahaja mencari pelanggan, tetapi anda boleh melatih diri anda sebagai seorang pemimpin. Anda perlu memimpin orang lain untuk berjaya seperti anda.

Keluarga

Masa yang flexible! Semua orang mahukan pekerjaan dengan masa yang lebih flexible supaya dapat menghabiskan masa dengan keluarga tersayang. Namun, pada peringkat awal sebagai seorang perunding kewangan, anda sebenarnya perlu bekerja 24 jam sehari! Ya, inilah realiti yang perlu anda lakukan jika mahu berjaya dalam kerjaya ini.

Selepas dua atau tiga tahun, barulah anda akan rasa masa yang sedikit terluang kerana kerjaya anda kini sudah lebih teratur.

Tentukan pendapatan sendiri

Lebih banyak anda berusaha, lebih banyak pendapatan yang anda terima. Ini adalah satu perkara yang  paling menarik dalam kerjaya perunding kewangan. Jika sebelum ini, anda mungkin kerja dengan lebih masa tetapi bayaran yang diterima sama sahaja. Berbeza pula dengan kerjaya perunding kewangan kerana pendapatan yang diterima adalah bergantung kepada usaha anda sendiri.

Anda boleh merancang jumlah pendapatan yang anda mahukan setiap bulan. Perkara ini berkait rapat dengan semangat dan usaha anda dalam kerjaya ini. Selain itu, orang yang mudah putus asa sebenarnya tidak sesuai dengan kerjaya ini.

Selain komisyen yang anda tinggi, anda juga berpeluang mendapat bonus jualan dan prestasi yang disediakan oleh pihak syarikat. Selain itu, anda juga berpeluang untuk memiliki manfaat lai sepeti gadget, melancong keluar negara dan banyak lagi jika anda mencapai target yang beri oleh pihak syarikat.

Image result for self esteem
Tingkatkan kemahiran diri

Selain pendapatan yang tinggi serta masa yang flexible, anda boleh tingkatkan kemahiran diri seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran sebagai seorang pemimpin dan banyak lagi. Berhadapan dengan pelanggan yang bermacam kerenah dan ragam, akan lebih mematangkan anda dalam kerjaya ini.

Anda akan biasa dengan segala tolakan atau rejection yang diberi oleh pelanggan anda. Semakin banyak rejection yang diterima, semakin mahal pengalaman yang anda terima.

Jika anda mahu menjadi seorang perunding kewangan dengan bantuan dari pasukan yang hebat di Malaysia, anda boleh sertai mereka disini [Kerjaya perunding kewangan]

Comments

  1. masa perunding kewangan adalah untuk prospek dan klien ...

    pandai urus jadi tidak kelam kabut

    ReplyDelete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)