Bagaimana susun gaji anda dengan menggunakan formula 40:30:30.


Tak tahu bagaimana nak susun gaji anda setiap bulan? Jangan risau kerana masalah tersebut juga merupakan masalah utama kebanyakan golongan muda yang masih keliru dengan teknik dan kaedah pengurusan kewangan yang terbaik untuk mereka.

Beberapa persoalan bermain di minda mereka terutama dari segi jumlah wang yang perlu dibelanjakan untuk simpanan, perbelanjaan harian dan lain-lain lagi. Kami ingin kongsikan formula kewangan 40:30:30 yang boleh anda gunakan berdasarkan gaji semasa anda.

Apa itu formula 40:30:30? Formula kewangan ini membantu anda menyusun penggunaan gaji anda dengan baik dan pada masa yang sama dapat mengelakkan masalah kebocoran wang. Formula kewangan ini juga bersifat agresif dalam pengurusan kewangan iaitu dengan meletakkan simpanan dan pelaburan sebagai matlamat utama.

#40 - Perbelanjaan asas

40% dari pendapatan atau gaji anda digunakan sebagai perbelanjaan asas setiap bulan. Kebanyakan formula atau pengurusan kewangan mencadangkan agar meletakkan jumlah 50% daripada pendapatan sebagai perbelanjaan. Namun, formula ini meletakkan jumlah yang lebih sedikit untuk menggalakkan anda melakukan banyak penjimatan.

Kenapa perlu berjimat?Kebanyakan golongan muda mudah menghabis gaji dan pendapatan mereka untuk perkara yang tidak berfaedah. Oleh itu, formula kewangan ini menggalakkan golongan muda supaya lebih berjimat di permulaan kerjaya untuk lebih fokus kepada simpanan dan pelaburan.

Antara perbelanjaan yang anda boleh letak dibawah kategori 40% ini adalah seperti makanan harian, bil air dan elektrik, pinjaman kereta, sewa rumah atau pinjaman perumahan dan lain-lain lagi. Jika dikira secara kasar, jumlah 40% tersebut kelihatan seperti tidak cukup untuk digunakan sebagai perbelanjaan asas. Namun, ini adalah realiti hidup pada masa kini disebabkan oleh kos sara hidup yang semakin tinggi, anda melakukan penjimatan yang maksimum.

Jika gaji anda adalah sebanyak RM2,000 sebulan, anda hanya perlu menggunakan RM800 untuk perbelanjaan asas seperti makanan, sewa rumah, pinjaman kereta dan sebagainya. Ini adalah peringkat dimana anda perlu melakukan banyak pengorbanan untuk mendapatakan masa hadapan yang lebih cerah.

#30 - Simpanan

30% dari pendapatan anda perlu diletakkan sebagai simpanan seperti kecemasan dan perubatan. Bagi simpanan kecemasan, simpan sehingga jumlah tersebut mencukupi tiga bulan gaji semasa anda. Tujuan simpanan kecemasan ini adalah bagi membantu anda ketika di dalam masalah kewangan disebabkan oleh perkara yang tidak dijangka seperti kerosakan kereta, kehilangan barang keperluan dan lain-lain lagi.

Tanpa simpanan kecemasan ini, anda mungkin terpaksa menggunakan fasiliti pinjaman dari pihak bank seperti pinjaman peribadi dan kad kredit untuk menyelesaikan masalah anda. Selain dari simpanan kecemasan, anda juga perlu gunakan sebahagian dari pendapatan anda untuk perubatan. Kaedah terbaik simpanan perubatan ini adalah dengan mencarum kad perubatan dan takaful hayat.

Bagaimana ingin menyemak jumlah caruman takaful setiap bulan?[Klik sini]

Melalui kad perubatan tersebut, gaji anda dapat dilindungi ketika anda menghadapi masalah kesihatan yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.Selain simpanan untuk kecemasan dan perubatan, anda juga boleh lihat di sini beberapa jenis tabung yang anda boleh buat. '5 Tabung Simpanan yang Anda Wajib Ada'

#30 - Pelaburan

30% yang terakhir adalah untuk diletakkan sebagai pelaburan jangka masa panjang. Pelaburan seperti ini penting untuk anda dalam merancang persaraan, pendidikan anak-anak dan juga pembelian rumah sebagai aset.
Pelaburan adalah untuk jangka masa panjang. Manakala perdagangan adalah untuk jangka masa pendek.
Antara jenis pelaburan yang anda boleh buat adalah:
  • Pelaburan unit trust
Anda boleh melabur dalam unit trust melalui tiga cara iaitu sama ada menggunakan Akaun 1 KWSP (jika layak), secara lump sum atau melalui simpanan tetap setiap bulan. Golongan muda digalakkan untuk membuat simpanan tetap setiap bulan dengan anggara 100 hingga 200 setiap bulan. Pelaburan ini adalah sesuai untuk dijadikan sebagai dana persaraan kerana sifatnya yang sesuai untuk tempoh masa panjang.
  • Pelaburan hartanah
Simpan sebahagian gaji anda sebagai deposit rumah pertama. Walaupun anda terpaksa menunggu lama untuk mengumpul deposit tersebut, impian anda untuk memiliki rumah pertama pasti tercapai jika anda mula menyimpan deposit dari awal lagi.
  • Pelaburan saham
Pelaburan saham ini memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi. Anda boleh mulakan pelaburan tersebut dengan ilmu melalui seminar atau buku.

Formula 40:30:30 yang diterangkan di atas adalah satu kaedah pengurusan gaji semasa anda. Selain pengurusan gaji yang betul, pendapatan tambahan juga membantu pengurusan kewangan anda menjadi lebih baik. 'Bagaimana cara buat duit ketika anda sedang tidur'

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post