Bagaimana hantar anak ke universiti terbaik tanpa pinjaman pendidikan

Image result for expensive education

Setiap ibu bapa mahu menghantar anak-anak mereka ke sebuah universiti yang terbaik. Namun, disebabkan yuran serta kos pendidikan tersebut yang terlalu tinggi, amat sukar untuk mereka mendapatkan tempat di universiti terbaik.

Secara umumnya, kebanyakan pelajar terpaksa mengambil pinjaman pendidikan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pinjaman pendidikan tersebut menjadi beban serta terpaksa ditanggung selepas tamat belajar.

Jika mahu meneruskan pengajian tanpa pinjaman pendidikan, berikut adalah anggaran purata jumlah kos pendidikan yang perlu ditanggung:


Sebagai contoh, jika mahu menghantar anak anda ke sebuah universiti di Australia, anda memerlukan dana sebanyak RM228,000 secara purata. 

Berikut adalah beberapa cara anda boleh lakukan sebagai persediaan dana pendidikan anak-anak anda.

Simpanan unit trust

Jika anak anda kini berusia 4 tahun dan merancang untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi ketika usianya 19 tahun, anda memerlukan tempoh 15 tahun sebagai persediaan dana pendidikan.

Melalui unit trust, dengan simpanan sebanyak RM400 setiap bulan, untuk tempoh 15 tahun, anda sudah boleh menyediakan simpanan sebanyak RM201,830.00 berdasarkan keuntungan purata 12% setahun. Dengan simpanan dana pendidikan tersebut, anda sudah boleh menghantar anak anda ke sebuah universiti di Australia atau Ireland.

Jika anda masih kurang faham berkenaan pelaburan unit trust ini, sila baca 'Bagaimana Mendapatkan Keuntungan 10% Hingga 12% Melalui Unit Trust'.

Namun, mengambil kadar inflasi sebanyak 4% setahun, anda sebenarnya memerlukan simpanan yang lebih banyak iaitu dengan anggaran RM427,039.72 untuk kos pendidikan di Australia. Ini bermakna anda memerlukan simpanan sebanyak RM1,000 setiap bulan untuk tempoh 15 tahun untuk mendapatkan nilai simpanan sebanyak RM504,576.00 (purata keuntungan 12% setahun).

Pelaburan hartanah

Selain simpanan di akaun unit trust, anda juga boleh melabur di dalam pasaran hartanah untuk mengumpul dana pendidikan anak anda. Cara paling mudah adalah dengan membeli sebuah rumah untuk anak anda sebagai satu aset yang bernilai.

Kenaikan harga rumah di Malaysia adalah anggaran antara 7% hingga 10% bergantung kepada lokasi sesuatu unit. Jika anda beli rumah berharga RM200,000 ketika anak anda berusia 4 tahun, harga rumah tersebut boleh meningkat sehingga RM400,000 selepas 15 tahun. Anda boleh jual semula rumah tersebut dan jadikan keuntungan melalui jualan sebagai dana pendidikan anak anda.

Namun, ada sesetengah dari kita yang tidak sanggup menjual rumah yang telah lama dibeli. Sebagai alternatif, anda boleh refinance rumah tersebut untuk mendapatkan wang sebagai dana pendidikan. Sebelum refinance rumah tersebut, anda boleh baca 'Kebaikan dan Keburukan Refinance Rumah'

Jika anda mempunyai rumah sewa yang lain, anda boleh jadikan pendapatan sewa yang diterima setiap bulan sebagai perbelanjaan anak anda ketika sesi pengajian tersebut.

Dana takaful

Kebanyakan produk takaful kini datang dengan manfaat pelaburan atau simpanan. Anda boleh gunakan manfaat tersebut sebagai dana pendidikan anak anda. Namun, anda perlu pilih produk yang betul untuk tujuan yang betul supaya tidak mengalami kerugian membuat caruman takaful.

Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan produk yang menawarkan dana pendidikan ini dari ejen takaful yang berdaftar.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)