Bagaimana nak kesan tanda-tanda awal masalah kewangan

Image result for identify

Adakah duit gaji anda tidak cukup untuk menampung perbelanjaan sehingga hujung bulan?Jika ya, itu adalah satu tanda yang menunjukkan pengurusan kewangan anda kini berada pada tahap yang kurang baik. Anda bernasib baik jika dapat mengesan tanda-tanda awal masalah kewangan ini kerana anda masih mempunyai masa untuk memperbaiki masalah tersebut.

Jika masalah kewangan anda sudah semakin teruk seperti beban hutang yang banyak, ini membuatkan anda semakin sukar untuk memperbaiki pengurusan kewangan menjadi lebih baik. Hutang semakin meningkat, simpanan pula akan semakin menurun. Inilah realitinya.

Berikut adalah tanda-tanda awal masalah kewangan yang anda boleh lihat dan kesan.

Simpanan

Jika anda rasa 10% simpanan dari jumlah pendapatan adalah terlalu besar, anda perlu semak semula pengurusan kewangan anda. Jumlah tersebut adalah jumlah minimum simpanan yang baik dan merupakan benchmark yang menunjukkan tahap kewangan anda. 

Bagaimana untuk yang bergaji rendah? Adakah masih perlu simpan 10% juga? Ya. Suka atau tidak, anda wajib membuat simpanan setiap bulan. Anda boleh baca artikel berkenaan simpanan '5 tabung simpanan yang anda wajib ada'.

Jika keadaan masih terdesak juga, pastikan anda fokus untuk mempunyai simpanan kecemasan. Jumlah yang disarankan pula adalah bersamaan tiga bulan gaji anda. Jika sesuatu yang tidak diduga berlaku, anda masih boleh menggunakan simpanan kecemasan tersebut dan tidak membuat pinjaman.

Bagi mereka yang sudah berkeluarga, pastikan anak-anak anda mempunyai simpanan masing-masing bagi menampung perbelanjaan masa hadapan mereka. Jika anda mempunyai masalah untuk menyediakan simpanan untuk anak-anak, sekali lagi, semak semula pengurusan kewangan anda.
Tidak mempunyai bajet untuk mengambil pelan perlindugan serta membuat pelaburan juga merupakan tanda-tanda awal masalah kewangan.
Perbelanjaan

Jika anda mempunyai gaji yang kecil tetapi berbelanja seperti orang kaya, masalah kewangan akan datang dalam hidup anda. Keseimbangan antara pendapatan yang diterima dan perbelanjaan yang dikeluarkan adalah sangat penting. Pastikan pendapatan lebih tinggi dari perbelanjaan.

Apabila anda mengharapkan sepenuhnya pendapatan yang diterima setiap bulan untuk menampung perbelanjaan harian anda, itu juga merupakan satu tanda awal masalah kewangan. Jangan terlalu bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Anda boleh tambah pendapatan kedua melalui pelbagai cara.
Selain itu, tanda awal masalah kewangan juga dapat dilihat apabila pasangan suami isteri sering bertengkar berkenaan kewangan. Masalah yang sering berlaku adalah apabila tiada wang yang cukup untuk perbelanjaan harian.

Pastikan anda dan pasangan memahami situasi dan tahap kewangan masing-masing bagi mengelakkan masalah kewangan. Kawal perbelanjaan anda dan pasangan supaya tidak berbelanja melebihi jumlah yang sepatutnya. Bagi mengelakkan masalah terlebih berbelanja, cuba buat satu bajet bulanan berkenaan perbelanjaan yang sepatutnya.

Hutang

Adakah anda sering bayar kad kredit dengan jumlah minimum setiap bulan?Itu petanda awal anda mempunyai masalah kewangan. Jika anda hanya bayar jumlah minimum setiap bulan, ini akan menyebabkan caj faedah meningkatkan lagi jumlah baki tunggakan anda setiap bulan. Selain itu, jika anda sering menggunakan kad kredit sehingga mencecah had maksimum, itu juga merupakan tanda awal masalah kewangan.

Jika anda gagal membuat bayaran semula, kad kredit anda akan dibatalkan oleh pihak bank dan nama anda sekaligus akan disenarai hitam oleh mereka. Masalah hutang ini kelihatan lebih besar apabila anda sendiri terpaksa meminjam dari ahli keluarga lain atau kawan-kawan untuk meneruskan hidup.

Selain kad kredit, pengurusan hutang seperti pinjaman kereta dan rumah juga perlu sentiasa dibayar sebelum tarikh akhir. Jika anda mempunyai masalah untuk bayaran semula pinjaman kereta dan rumah, berkemungkinan besar rumah dan kereta anda akan ditarik oleh pihak bank.

Nak belajar Asas Pelaburan Hartanah dengan kos yang rendah?[Tekan sini]

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post