3 jenis pelaburan terbaik anda boleh buat untuk anak-anak

Image result for kid investment

Selain melabur untuk diri sendiri, anda mungkin perlu memikirkan pelaburan untuk anak-anak anda atau bakal anak anda. Pelaburan tersebut adalah berbentuk jangka masa panjang dan untuk kegunaan mereka ketika mereka meningkat dewasa.

Semua ibu bapa mahu berikan yang terbaik untuk anak mereka dan pelaburan juga merupakan satu daripada perkara yang anda boleh berikan kepada mereka. Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang anda boleh lakukan, tetapi anda perlu pilih yang terbaik dan sesuai dengan keadaan semasa.

Berikut adalah beberapa jenis pelaburan yang anda boleh ambil untuk anak-anak anda.

ASB

Amanah Saham Berhad (ASB) adalah satu tempat simpanan dan pelaburan jangka masa panjang yang sesuai untuk anak anda kerana risikonya yang rendah. Kadar keuntungan yang diterima juga adalah tinggi dan sangat kompetitif dengan pasaran.

Sebagai ibu bapa, anda boleh buka akaun ASB untuk anak anda dengan langkah-langkah berikut:

1. Pergi ke bank, pejabat pos atau pejabat PNB yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.
2. Pastikan anak anda sudah berusia 6 bulan.
3. Sila bawa salinan Mykid anak, dan kad pengenalan penjaga (ibu bapa)
4. Isi borang yang diberikan (ASNB P1/ASNB DF)

RELATED: 5 kesan apabila anda ambil pinjaman peribadi untuk majlis perkahwinan

Selepas berjaya buka akaun tersebut, anda boleh buat simpanan secara tetap setiap bulan untuk satu tempoh masa yang panjang. Hasil simpanan dan pelaburan tersebut boleh digunakan bagi tujuan pendidikan peringkat tinggi, perubatan atau beli rumah.

Unit Trust

Pelaburan amanah saham atau lebih dikenali sebagai unit trust juga merupakan satu pelaburan yang baik untuk anak-anak anda. Dengan simpanan serendah RM200 setiap bulan, anda boleh gandakan wang tersebut untuk kegunaan anak-anak anda.

Perkara yang anda perlu tahu tentang pelaburan unit trust adalah pelaburan tersebut mestilah untuk satu tempoh masa yang panjang iaitu melebihi 5 tahun. Kadar pulangan yang ditawarkan juga adalah menarik iaitu 10%-12% setahun bagi purata 5 tahun.

RELATED:  Bagaimana mendapat keuntungan 10% hingga 12% melalui unit trust

Anda boleh buka akaun melalui ejen yang berdaftar atau terus pergi ke mana-mana cawangan yang menawarkan pelaburan amanah saham tersebut. Seperti ASB, anda boleh gunakan hasil simpanan dan pelaburan unit trust untuk manfaat anak-anak anda pada masa hadapan.

Pelaburan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka pada masa hadapan dengan kos sara hidup yang dijangka akan meningkat setiap tahun.

Pelaburan Hartanah

Selain pelaburan berbentuk duit kertas, anda juga boleh buat pelaburan berbentuk simpanan aset seperti hartanah. Pelaburan hartanah akan menguntungkan anak-anak anda kerana nilainya yang semakin meningkat.

Untuk mencapai matlamat kewangan, anda boleh cuba konsep satu rumah untuk seorang anak. Ini bermakna anda perlu menyediakan sebuah rumah untuk anak anda yang baru lahir. Setiap rumah yang anda baru beli itu boleh disewakan semula sementara menunggu anak anda menjadi dewasa.
Cara ini sering digunakan oleh golongan kaya. 
Keuntungan yang anda boleh terima melalui pelaburan hartanah adalah:

1. Keuntungan melalui sewa setiap bulan.
Keuntungan yang diterima setiap bulan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan anak-anak ada ketika masih kecil seperti pendidikan peringkat rendah dan perbelanjaan harian mereka.

2. Keuntungan melalui kenaikan harga rumah.
Jika anak anda tidak mahu tinggal dirumah tersebut, anda boleh jual rumah tersebut dan menikmati keuntungan melalui kenaikan harga rumah.

RELATED: Pendaftaran Seminar Asas Pelaburan Hartanah (Tinggal 17 tempat duduk sahaja)

Comments

  1. Salam,
    Sebagai tambahan kepada 3 idea yang tuan kemukakan, bukan akaun SSPN-i Plus juga boleh dipertimbangkan. Jika sasaran kita menabung untuk anak supaya anak tidak terbeban dengan hutang PTPTN nanti, bolehlah bukan akaun SSPN-i bermula dari anak yang berusia 1 tahun. Lagipun, PTPTN wajibkan peminjam ada akaun SSPN, daripada buka nanti, lebih baik buka semasa anak masih kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, saya pon dah buka sspn I plus lepas anak cukup 6 bulan.

      Delete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)