Bagaimana mendapatkan keuntungan 10% hingga 12% melalui unit trust

Image result for portfolio investment

Pelaburan unit trust adalah antara jenis pelaburan yang mampu memberi pulangan atau keuntungan yang tinggi iaitu antara 10% hingga 12% setahun secara purata 5 tahun. Adakah ini bermakna setiap tahun anda akan dapat pulangan 10%-12%?Tidak.

Apa itu unit trust?

Unit trust adalah satu bentuk pelaburan yang mengumpul wang pelabur-pelabur yang mempunyai matlamat dan objektif pelaburan yang sama. Wang tersebut akan dilaburkan ke dalam portfolio yang mengandungi pelbagai jenis saham yang diuruskan oleh pengurus dana professional.

Konsep keuntungan unit trust

Konsep keuntungan yang digunakan dalam pelaburan unit trust adalah dengan mengambil kira purata pulangan untuk sekurang-kurangnya 5 tahun. Bagaimana?

Contoh :

Tahun 1 : 8%
Tahun 2 : 19%
Tahun 3 : 3%
Tahun 4 : 15%
Tahun 5 : 12%

Secara puratanya (8+19+3+15+12)/5, anda akan dapat pulangan 11.4% setahun. Sekarang anda sudah faham? Sebab itu pelaburan unit trust adalah satu bentuk pelaburan jangka masa panjang sekurang-kurangnya 5 tahun.

Kenapa sehingga 5 tahun?

Prestasi pelaburan unit trust anda adalah berasaskan prestasi saham syarikat di Malaysia. Jika kebanyakan syarikat yang anda laburkan menunjukkan prestasi yang bagus pada tahun tersebut, pulangan pelaburan anda juga akan meningkat dengan baik.

RELATED: Bagaimana 'pinjaman pemaju' merosakkan pasaran hartanah

Prestasi sebuah syarikat berkait rapat dengan keadaan ekonomi semasa di negara kita. Jika ekonomi tidak baik, prestasi syarikat mungkin akan menurun dan pelaburan anda tidak akan memberi pulangan yang baik. (pulangan anda mungkin jadi negatif)

Oleh sebab itu, 5 tahun adalah tempoh masa yang sesuai kerana anda berpeluang melabur ketika ekonomi sedang naik atau ekonomi sedang jatuh.

Apa yang perlu anda buat ketika ekonomi jatuh?

Ketika ekonomi tidak baik atau sedang jatuh, nilai kebanyakan saham juga akan turun. Ketika ini, jika anda jual unit saham tersebut mungkin anda akan mengalami kerugian kerana anda beli pada harga yang lebih tinggi dan jual pada harga yang lebih rendah.

Oleh itu, apa yang perlu anda buat adalah dengan menambah pelaburan anda kerana harga bagi seunit saham sedang murah. Ini adalah masa terbaik untuk anda beli dengan banyak kerana harganya yang murah.
Beli ketika harga murah dan jual ketika harga mahal
Tiada jaminan pulangan

Walaupun jangkaan pulangan dalam pelaburan unit trust adalah antara 10%-12%, namun tiada jaminan pulangan yang tetap dalam pelaburan ini. Dalam konteks pelaburan yang berasaskan Shariah, tiada jaminan pulangan dan pada masa yang sama anda juga terdedah dengan risiko kerugian.
Dalam kes Akaun Shariah KWSP, perkara yang sama juga terpakai iaitu tiada jaminan pulangan.
Dana

Dalam pelaburan unit trust, terdapat beberapa dana atau tabung pelaburan yang diurus oleh pengurus pelaburan (Unit Trust Management Company) seperti Public Mutual CIMB Principal, RHB Asset Management dan banyak lagi yang berpengalaman untuk menguruskan duit pelaburan kita. Dana-dana tersebut terdiri daripada dana yang berisiko rendah, sederhana dan tinggi. Semakin tinggi risiko dana tersebut, semakin tinggi pulangan yang anda boleh terima. Begitu juga sebaliknya.

RELATED: Ini cara buat aduan sekiranya anda ditipu dalam transaksi jual beli

Selain itu, dalam unit trust juga terdapat dana yang berasaskan dana patuh Shariah dan tidak patuh Shariah. Bagi dana yang patuh Shariah, wang tersebut akan dilaburkan kepada syarikat yang diiktiraf sebagai patuh Shariah dan tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak patuh Shariah.

Kelebihan

  • Memberi pulangan yang tinggi untuk tempoh masa panjang
  • Pengurus dana membantu anda mengawal portfolio pelaburan anda
  • Dana patuh Shariah
  • Modal yang rendah

Kekurangan

  • Lambat untuk mendapat pulangan
  • Risiko prestasi dana tidak seperti yang diharapkan
  • Tidak boleh mengawal sepenuhnya pelaburan anda

Bagaimana untuk mulakan pelaburan?

1. Melalui pindahan Akaun 1 KWSP

Pihak KWSP telah membenarkan untuk anda pindahkan sebahagian baki akaun 1 ke dalam akaun pelaburan unit trust. Jumlah yang dibenarkan adalah berdasakan baki dan umur seseorang. Ini bermaksud anda tidak boleh pindahka semua baki akaun 1 KWSP anda ke pelaburan unit trust.

Ini bagi mengurangkan risiko kerugian terhadap pelaburan tersebut. Anda boleh semak kelayakan pindahan tersebut dengan konsultan yang berdaftar berhampiran kawasan anda.

2. Secara tunai

Anda juga boleh mulakan pelaburan ini dengan modal serendah RM500 untuk buka akaun dan melakuka potongan secara tetap setiap bulan serendah RM200 mengikut dana yang terpilih. Ini juga merupakan satu bentuk pelaburan yang baik kerana modal yang diperlukan setiap bulan adalah rendah.

Selain itu, jika ada mempunyai tunai yang banyak, anda juga boleh meletakkan wang tersebut di dalam akaun pelaburan unit trust dan biarkan selama 5 tahun untuk mendapat pulangan yang baik.

4 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post