4 tanda anda ditakdirkan menjadi seorang jutawan!

Image result for millionaire thinking

Secara umumnya, semua orang pernah berangan atau bercita-cita untuk menjadi seorang jutawan pada suatu hari nanti. Namun, ramai diantara kita yang merasakan bahawa menjadi jutawan itu adalah perkara yang mustahil atau sukar untuk dicapai. Akhirnya, matlamat ini dilupakan.

Sekiranya anda membaca kisah-kisah jutawan yang berjaya seperti Robert Kiyosaki, Warren Buffet dan sebagainya, mereka semua mempunyai persamaan iaitu “have the right mentality to become rich”. Oleh itu, dibawah ini ada empat (4) tanda atau ciri-ciri yang menunjukkan anda bakal menjadi seorang jutawan.

1. Anda memiliki “Sense of Urgency/ Speed of implementation
Seorang jutawan tidak menangguh atau menunggu masa yang sesuai untuk melabur atau melancarkan perniagaan mereka. ‘There’s no perfect time”. Inilah kata yang dipegang oleh mereka supaya tidak menunggu masa yang terbaik untuk ambil tindakan. 

Jika anda mahu menjadi seorang jutawan, jangan sesekali menangguh perkara yang boleh dilakukan sekarang. Hal ini kerana masa itu adalah emas dan setiap masa yang terlepas bermakna anda terlepas satu peluang. 
"Often the greatest expense of investing isn’t money… but TIME” - Robert Kiyosaki.


2. Anda mampu hidup di bawah kemampuan
Ini merupakan salah satu lagi ciri seorang jutawan, iaitu mereka mampu hidup di bawah zon kemampuan mereka. Hal ini kerana, seorang jutawan biasanya tidak akan menunjuk-nunjuk dengan kekayaan yang mereka miliki sekarang. Sebagai contoh kita boleh lihat ciri ini pada jutawan seperti Mark Zuckerberg, Steve Jobs dan Jack Ma. 

Walaupun mereka sudah bergelar jutawan, tetapi dari segi penampilan dan gaya hidup mereka adalah sederhana. Seorang jutawan juga tidak menghabiskan kebanyakan wang mereka untuk perkara-perkara yang tidak penting. Sebaliknya berbelanja mengikut keperluan sahaja. “The goal is to be rich, not to look rich”.
3. Anda menghargai masa
Sekiranya anda sentiasa menghargai masa yang anda miliki dalam mencapai matlamat anda, tidak membuang masa dan mengambil serius tentang kepentingan masa, maka itu menunjukkan yang anda boleh menjadi seorang yang berjaya pada suatu hari nanti. 

Hal ini kerana kebanyakan orang yang berjaya atau seorang jutawan itu sendiri adalah sangat menghargai masa mereka. Mereka bersungguh-sungguh dalam penggunaan masa sehingga membuat jadual harian.

Image result for don't waste a good mistake learn from it

4. Anda mampu mengambil tindakan ketika waktu tidak menentu
Tanda yang terakhir ialah, sekiranya berlaku situasi yang genting, anda mampu mengawal dan mengambil tindakan yang betul terhadap situasi tersebut. Seorang jutawan mampu menghadapi situasi ini dengan baik. 

Contohnya adalah apabila mereka menghadapi satu masalah baru dalam hidup mereka, mereka lebih berani untuk mengambil tindakan kerana ini adalah satu peluang untuk mereka belajar sesuatu yang baru.

Selain itu, untuk menjadi seorang jutawan, anda mestilah mempunyai pemikiran yang positif. Sebagai contoh, sekiranya tindakan yang mereka lakukan itu mengakhiri kegagalan, mereka belajar daripada kesilapan itu. “Don’t waste a good mistake… LEARN from it” – Robert Kiyosaki.

Artikel ini ditulis oleh:

Sumber asal : Entrepreneur

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)