PTPTN kaji potongan gaji peminjam sektor swasta pula



Jika sebelum ini sektor kerajaan sudah membuat potongan gaji bagi memudahkan bayaran semula hutang pendidikan PTPTN, kini sektor swasta pula akan ikut langkah yang sama.

Menurut pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, langkah ini bertujuan bagi mengutip semula hutang pendidikan tersebut sekurang-kurangnya RM5 bilion setiap tahun.

Antara yang terlibat adalah sektor swasta dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau juga menjelaskan bahawa program ujrah adalah bertujuan untuk mengurangkan beban peminjam PTPTN dan pada masa yang sama pihak PTPTN juga mempunyai sistem untuk mengesan peminjam yang gagal untuk buat bayaran semula.

Sumber : Sinar Harian

duitkertas.com berpendapat bahawa langkah tersebut perlu diambil dan diterima bagi menggalakkan peminjam PTPTN untuk membuat bayaran semula. Langkah itu juga adalah satu langkah yang baik kerana dapat mendidik orang ramai supaya mendahulukan bayaran hutang sebelum terus berbelanja.


Jika langkah itu dilaksanakan, maka akan berkurang masalah rekod CCRIS yang buruk dan sekaligus memudahkan mereka untuk membuat pinjaman perumahan.

Comments

  1. PTPTN dah potong gaji dah pun.. Tapi secara sukarela la. Bukan paksa. Haha.

    RM410 sebulan untuk tempoh 26 tahun.

    Boleh baca dalam post ni.

    Potongan gaji bayaran balik pinjaman PTPTN


    ReplyDelete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)