#8 sebab orang ramai mula menyimpan dalam SSPN-i Plus setiap bulan


Ramai yang menganggap simpanan SSPN hanya untuk pinjaman atau simpanan pendidikan PTPTN sahaja. Kini, banyak manfaat yang anda boleh dapat melalui produk terbaru dari PTPTN iaitu SSPN-i Plus.

Anda mungkin terkejut dan tidak menyangka bahawa SSPN-i Plus juga menawarkan manfaat yang sangat baik seperti berikut:


Simpanan berserta manfaat atau pampasan kematian? Kini anda tidak perlu risau lagi berkenaan dengan pampasan untuk keluarga dan waris tersayang. Hanya memilih akaun simpanan yang betul, anda akan mendapat manfaat pampasan kematian yang sangat menguntungkan.

Lebih menarik lagi, anda tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mendapat manfaat takaful. Anda boleh baca beberapa orang yang telah menerima pampasan dan manfaat hasil dari simpanan SSPN-i Plus di sini[BACA]
#2 Khairat kematian

Jika pampasan kematian diberikan kepada keluarga atau waris sebagai duit saguhati, khairat kematian pula adalah wang perbelanjaan untuk menguruskan pengebumiaan. Jumlah yang akan diterima sebagai khairat kematian adalah sejumlah RM2,500 dan bergantung kepada pakej yang anda ambil.

Walaupun pendeposit adalah seorang, khairat kematian ini terpakai juga kepada pasangan dan tiga (3) orang anak.
#3 Pelepasan cukai

Simpanan SSPN-i Plus mempunyai ciri-ciri tambahan yang menarik iaitu memberi anda pelepasan cukai sehingga RM6,000 dan tambahan lagi RM6,000 dari bahagian takaful nyawa. Ini bermakna anda boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM12,000 setahun.

Jumlah ini cukup banyak untuk mengurangkan cukai pendapatan anda untuk tahun semasa.

#4 Kadar dividen yang kompetitif

Ketika ekonomi tidak berada dalam keadaan yang baik, banyak akaun pelaburan mengalami kemerosotan dari segi keuntungan. Namun, berbeza pula dengan kadar dividen yang diumumkan oleh PTPTN untuk produk SSPN-i Plus mereka bagi tahun 2016 iaitu 4% sama seperti tahun sebelumnya.

Kejayaan untuk mengekalkan kadar dividen walaupun dengan status ekonomi yang sangat mencabar adalah sesuatu yang wajar dipuji.

#5 Elaun masuk hospital

Jika anda dimasukkan ke hospital, anda boleh mendapat elaun sehingga RM200 sehari bergantung kepada pakej yang anda ambil. Elaun hospital ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban anda terutama ketika menghadapi masalah kewangan.

Dengan simpanan yang rendah, anda sudah boleh menikmati elaun kemasukan ke hospital.

#6 Boleh buat potongan gaji

Anda takut terlupa untuk pindahkan wang dari akaun simpanan ke akaun SSPN-i Plus? Anda tidak perlu risau lagi kerana anda juga boleh buat arahan pemotongan melalui gaji anda setiap bulan. Kemudahan yang ditawarkan ini dapat mengelakkan masalah sering terlupa untuk melakukan simpanan.

Selain potongan gaji, anda juga boleh buat simpanan tersebut melalui perbankan internet, auto debit dari bank dan juga bayaran secara manual di kaunter PTPTN yang berhampiran tempat anda.

#7 Serendah RM30 sebulan

Dengan hanya RM30 sebulan, berikut adalah manfaat yang anda akan terima:
  • Manfaat kematian akibat kemalangan - RM40,000
  • Manfaat kematian selain kemalangan - RM20,000
  • Manfaat 36 penyakit kritikal - RM10,000
  • Elaun kemasukan ke hospital - RM20 sehari
  • Khairat kematian - RM2,500

Dengan simpanan yang minimum setiap bulan, anda boleh mendapat manfaat yang sangat tinggi. Untuk pakej lain yang lebih menarik, anda boleh lihat disini [PAKEJ LAIN]

#8 Cabutan bertuah

Cabutan bertuah SSPN-i Plus masih lagi dibuka sehingga 30 Jun 2017. Ini bermakna anda masih lagi berpeluang untuk memenangi hadiah seperti Proton Perdana 2.4L, Toyota Vios TRD, Motosikal Kawasaki ER-6f dan wang tunai RM2,000.

Dengan hanya RM50 sahaja, anda sudah layak mendapat satu cabutan bertuah. Klik disini untuk menyertai cabutan bertuah tersebut.


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post