Bagaimana Kad Kredit Dapat Membantu Meluluskan Pinjaman Perumahan Anda.



Ramai yang tertanya-tanya kenapa pinjaman perumahan mereka tidak lulus sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang hutang dengan pihak bank.

Untuk pengetahuan anda, kes ini sering terjadi dimana ada sesetengah bank tidak meluluskan dan ada juga bank yang luluskan pinjaman perumahan tetapi dengan jumlah yang sedikit walaupun mereka tidak mempunyai komitmen.

Sebab utama adalah pihak bank tidak dapat melihat rekod bayaran semula kita dan mereka tidak tahu sama ada kita adalah pembayar yang baik atau tidak.

Contoh mudah faham:
Jika ada kawan anda ingin meminjam wang dari anda, anda mungkin akan setuju untuk memberi pinjaman kerana anda sudah kenal dengan kawan anda.
Tetapi, jika ada orang yang anda tidak kenal ingin meminjam wang anda, anda mungkin tidak memberi pinjaman kerana anda tidak kenal orang tersebut. 
Pihak bank juga melakukan perkara yang sama. Sebelum mereka ingin memberi pinjaman kepada anda, mereka ingin mengenali anda terlebih dahulu melalui rekod bayaran hutang terdahulu.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mewujudkan rekod hutang dengan pihak bank dengan memohon kad kredit.

Bagi tujuan mewujudkan rekod hutang, kad kredit lebih mudah kerana anda boleh mengawal perbelanjaan bulanan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menggunakan kad kredit tersebut dengan jumlah yang rendah setiap bulan iaitu bawah RM100 dan buat bayaran dalam masa sehari. Ini bagi mengelakkan anda terlupa membuat bayaran dan anda akan dikenakan late interest.

Apabila berlakunya transaksi kad kredit tersebut, maka laporan CCRIS anda akan keluar angka '0' dimana ia menunjukkan anda adalah seorang pembayar hutang yang baik.

Dengan kaedah ini, pinjaman perumahan anda boleh diluluskan dengan lebih mudah
Kenapa kad kredit?

Pertama sekali, anda dapat mengawal jumlah perbelanjaan yang anda inginkan setiap bulan. Jika pada bulan tersebut anda memerlukan perbelanjaan kecemasan, jadi anda hanya perlu guna kad kredit anda pada tahap minimum.

Namun, jika anda tidak mampu mengawal nafsu anda, ianya bakal menjadi sebaliknya. Anda mungkin akan menggunakan kad kredit dengan banyak tanpa anda sedar. Apa yang anda boleh buat adalah dengan meletakkan tahap maksimum limit kad kredit anda pada tahap yang rendah.

Selain itu, penggunaan kad kredit juga tidak mengganggu pengiraan Debt Services Ratio (DSR) anda untuk tujuan pinjaman perumahan. Pihak bank hanya kira jika terdapat baki tertunggak pada kad kredit tersebut.
Akhir sekali, anda juga boleh mula mengumpul mata kad kredit untuk ditukarkan kepada hadiah yang pihak bank sediakan. Namun, anda perlu berhati-hati kerana terlalu taksub mengejar dan mengumpul mata kad kredit menyebabkan anda mungkin berbelanja berlebihan.
Previous Post Next Post