Suami Jangan Kahwin Satu Lagi Jika Tidak Cukup 4 Syarat Kewangan Ini

Image result for second wife

Isteri jangan benarkan suami anda kahwin satu lagi jika mereka masih tidak mempunyai kewangan yang stabil.

Berikut adalah empat (4) syarat kewangan yang lelaki perlu ada sebelum berniat untuk berkahwin seorang lagi.

#1 Rumah

Nak kahwin lagi? Pastikan isteri pertama sudah ada rumah sendiri untuk diduduki.

Ini bagi memastikan kehidupan isteri lebih terjamin jika sesuatu buruk berlaku. Isteri juga akan rasa lebih selamat jika mempunyai rumah sendiri.

#2 Duit Belanja @ Nafkah

Ini juga perkara penting dan wajib anda sediakan.

Pastikan dahulu semua duit belanja dan nafkah mampu diberikan mengikut kadar yang sesuai.

Jika tambah lagi seorang isteri, bermakna tanggungjawab juga akan semakin bertambah.
#3 Simpanan & Pelaburan

Berkahwin bukanlah satu matlamat jangka masa pendek, tetapi satu tempoh yang panjang.

Simpanan yang banyak serta pelaburan untuk hari tua penting bagi memastikan kehidupan jangka masa panjang lebih terjamin.

Jika sudah mempunyai anak, pastikan juga pelan pendidikan anak-anak tidak terabai.

#4 Perlindungan & Hibah

Pengurusan harta pusaka juga perlu diambil berat terutama melibatkan pembahagian harta mengikut faraid.

Oleh itu, pastikan anda sudah membuat satu rancangan pengurusan harta pusaka bagi mengelakkan masalah pada masa akan datang.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)