5 soalan kewangan sebelum anda melamar si gadis sebagai isteri.


Salah satu punca utama pasangan yang sudah berkahwin mengambil keputusan untuk bercerai adalah masalah kewangan. Suami dan isteri tidak mengurus kewangan mereka dengan baik menyebabkan hutang semakin meningkat.

Kes seperti ini perlu dikawal dari peringkat awal lagi iaitu sebelum mendirikan rumah tangga. Bukan memilih bakal suami/isteri yang kaya, tetapi merancang kewangan bersama.

Jika anda seorang lelaki, berikut adalah lima (5) soalan kewangan yang anda perlu tanya pasangan anda masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga.

Simpanan

Simpanan adalah asas utama dalam pengurusan kewangan. Kalau seseorang itu tiada simpanan, itu petanda awal dia mempunyai masalah kewangan.

Berapa jumlah simpanan yang perlu ada? Untuk permulaan, jumlah tidak penting tetapi pasangan anda sudah boleh menyimpan setiap bulan dengan konsisten.

Jika anda dan pasangan sudah mempunyai habit menyimpan, lebih mudah untuk anda merancang kewangan anda pada masa akan datang. Setiap orang akan faham cara untuk menyimpan tanpa melibatkan pergaduhan.

Hutang

Jika anda, lelaki, mampu mengurus kewangan sendiri dengan baik, tetapi berkahwin dengan wanita yang mempunyai hutang yang banyak seperti kereta mahal, kad kredit dan pinjaman peribadi, hidup anda juga akan terjebak dengan masalah kewangan.

Suka atau tidak, anda terpaksa menanggung hutang pasangan anda. Kes seperti ini biasanya berlaku kerana gaya hidup yang tinggi dan gagal untuk mengawal nafsu berbelanja.

Jika anda pasangan anda mempunyai hutang yang tinggi dan anda masih tetap berkahwin dengannya, ini adalah 2 tip untuk anda:
  1. Pastikan anda dan pasangan bersetuju untuk menyelesaikan segala hutang secepat mungkin.
  2. Pasangan anda juga perlu faham bahawa untuk selesaikan hutang, gaya hidup terpaksa diturunkan.
Aset 

Nak beli aset mungkin menjadi salah satu keputusan yang terbesar untuk setiap orang. Jadi, tidak kisah jika pasangan anda sudah mempunyai aset atau belum.

Jika pasangan anda sudah mempunyai aset, itu adalah satu bonus. Jika masih belum ada, anda boleh tanya sama ada sudah mempunyai rancangan untuk beli aset atau belum.

Selain itu, anda juga perlu pastikan bahawa pasangan anda sedar akan kepentingan beli rumah atau aset berbanding menambah hutang yang tidak perlu. Jika sudah ada kesedaran, lebih mudah untuk anda dan pasangan merancang mendapatkan rumah pertama.


Perlindungan

Penting sangat ke pelan perlindungan? Jawapannya adalah sangat penting.

Jangan disebabkan kerana masalah kesihatan, habis semua simpanan dan aset anda digadaikan. Anda boleh 'laburkan' dengan minimum RM150 sebulan untuk ambil pelan komprehensif untuk lindungi diri dan aset anda.

Semakin lambat anda dan pasangan ambil pelan perlindungan, semakin tinggi kos yang perlu dikeluarkan. Langkah ini juga untuk menjaga dan melindungi pasangan masing-masing

Pelaburan

Jika pasangan anda sudah mempunyai pelaburan sendiri, ini menunjukkan dia sangat memntingkan pengurusan kewangan yang baik. Antara contoh pelaburan yang baik adalah saham, unit trust, emas dan hartanah.

Jika pasangan anda belum lagi mulakan pelaburan, anda boleh mula memberi galakan dan motivasi. Selain itu, anda juga boleh rancang bersama pasangan untuk beli buku, lebih kerap pergi ke seminar atau kelas pelaburan untuk tambah ilmu pengetahuan.

Comments

  1. soalan2 yg bagus...tahniah admin duitkertas.com..semua info sgt berguna..sy akan terus follow blog anda ..tahniahh..

    ReplyDelete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)