4 perkara ini yang ramai salah faham semasa proses jual beli rumah


Ramai yang menganggap proses jual beli rumah itu sangat mudah. Sebenarnya, proses jual beli rumah memerlukan komitmen dan masa anda.

Selain itu, terdapat juga pihak lain yang turut terlibat dalam melancarkan proses jual beli ini seperti pembeli, pihak peguam, pihak bank dan juga pihak negeri selangor. Penglibatan banyak pihak menyebabkan proses jual beli rumah mengambil masa yang lebih panjang.

Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu faham jika anda mahu menjual atau membeli rumah.

#1 Proses yang lama

Berdasarkan syarat yang telah dipersetujui, pembeli harus menyelesaikan segala urusan jual beli dalam tempoh tiga (3) bulan. Namun, kebanyakan kes menjadi lebih lama asas faktor seperti salah komunikasi antara pihak yang terlibat, kehilangan fail dan banyak lagi.

Secara amnya, jika rumah tersebut adalah rumah kos rendah, tempoh masa adalah sehingga enam (6) bulan dari tarikh tandatangan perjanjian jual beli. Kes ini berlaku kerana rumah kos rendah perlu mendapatkan kebenaran dari pihak negeri dahulu.

Baca : Jangan beli rumah jika anda nampak tanda-tanda ini

#2 Tuan rumah bayar ejen

Masih terdapat pembeli yang tidak mahu beli rumah dari ejen kerana bimbang perlu bayar komisyen ejen hartanah sebanyak tiga (3) peratus. Namun, apa yang berlaku sebenarnya adalah hanya tuan rumah atau penjual yang perlu bayar komisyen tersebut.

Duit tempahan atau booking fee sebanyak tiga (3) peratus yang perlu dibayar pada peringkat awal kepada ejen hartanah juga termasuk dalam sebahagian dari harga rumah tersebut.

#3 Semak nilai sebenar

Ramai tuan rumah atau penjual yang ingin menjual rumah mereka berdasarkan dari harga yang mereka inginkan. Bagi memudahkan proses jual beli, tuan rumah haruslah menyemak dahulu nilai sebenar rumah tersebut.

Jika harga yang dijual adalah melebihi nilai sebenar, ini akan menyebabkan rumah tersebut sukar untuk dijual. Manakala jika rumah tersebut dijual kurang dari nilai sebenar, rumah tersebut lebih mudah untuk dijual.

#4 Rumah sebelah LRT, universiti senang jual

Jika anda terlibat dengan analisis pemilihan rumah, faktor fasiliti seperti kemudahan pengangkutan awam, universiti, pusat beli belah dan banyak lagi menjadi faktor rumah tersebut mudah untu dijual.

Namun, perkara tersebut juga bergantung kepada faktor permintaan pembeli di kawasan tersebut dan juga harga rumah. Rumah yang mempunyai faktor-faktor tersebut tidak semestinya mudah untuk dijual terutama pada harga yang tinggi.

Contohnya, jika rumah tersebut adalah apartment bersebelahan dengan universiti dan ingin dijual pada harga RM500,000. Anggaran bayaran bulanan kepada pihak bank adalah RM2,500 untuk tempoh 30 tahun.

Jika ingin disewakan kepada pelajar universiti, RM2,500 adalah sangat mahal bagi mereka terutama universiti awam. Oleh sebab itu, setiap rumah mempunyai harga siling mereka yang tertentu supaya anda lebih mudah jual dikemudian hari.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)