
Setiap simpanan perlu ada matlamat dan tujuannya supaya simpanan tersebut dapat digunakan dengan cara yang betul.
Bagi orang dewasa, semakin besar tanggungjawab, semakin banyak tabung simpanan yang mereka perlu lakukan.
Berikut adalah 14 jenis tabung simpanan yang orang dewasa perlu ada.

#1 Tabung kecemasan
Tabung kecemasan merupakan simpanan yang wajib ada kepada setiap individu. Sebelum lakukan simpanan atau pelaburan lain, fokus kepada tabung kecemasan ini terlebih dahulu.
#2 Tabung perbelanjaan
Kira jumlah perbelanjaan bulanan anda dan pastikan buat satu tabung yang sama jumlahnya. Tabung ini bertindak dan membantu anda jika menerima gaji lambat pada bulan seterusnya.
#3 Tabung pelaburan jangka masa pendek
Pelaburan jangka masa pendek adalah antara 5 hingga 10 tahun. Pelaburan ini bagi memastikan anda mempunyai keuntungan dan duit tambahan pada 5 tahun akan datang.
#4 Tabung pelaburan jangka masa panjang
Lebih sesuai untuk dijadikan sebagai tabung persaraan. Simpanan ini boleh dijadikan sebagai tambahan kepada simpanan KWSP anda.
#5 Tabung pendidikan sekolah anak-anak
Setiap anak pasti akan pergi ke sekolah sama ada sekolah awam atau swasta. Jika anda ingin anak anda pergi ke sekolah swasta, simpanan anda perlu lebih setiap bulan.

#6 Tabung pendidikan universiti anak-anak
Walaupun setiap individu diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dengan bantuan PTPTN, tetapi lebih baik jika anda sediakan satu dana pendidikan universiti supaya mereka tidak memerlukan hutang pendidikan tersebut.
#7 Tabung perbelanjaan anak baru lahir
Kos bagi membesarkan anak yang baru lahir memang tinggi kerana barang-barang keperluan mereka lebih mahal.
Baca : Kos sebenar membesarkan seorang anak di Malaysia
#8 Tabung deposit rumah
Jika anda masih tinggal di rumah sewa, anda perlu buat satu tabung deposit rumah untuk tempoh 3 hingga 5 tahun. Sediakan satu dana untuk memudahkan anda mendapatkan rumah sendiri.
#9 Tabung deposit kereta
Walaupun pinjaman kereta kini tidak memerlukan sebarang deposit, lebih baik jika anda sediakan 10% hingga 20% deposit dari harga kereta. Cara ini lebih menjimatkan dan ansuran kereta anda juga lebih rendah.
#10 Tabung insuran dan cukai jalan kereta
Selain ansuran kereta, anda masih perlu keluarkan duit untuk insuran dan cukai jalan kereta setiap tahun. Bagi mengelakkan anda terbeban pada hujung tahun, buat simpanan setiap bulan.
Baca : Dilanggar kereta yang tiada insuran?Ini cara untuk tuntut ganti rugi
#11 Tabung perlindungan
Tujuan tabung perlindungan adalah sebagai persediaan menghadapi perkara yang tidak dijangka seperti kemalangan. Tabung perlindungan biasanya dalam bentuk kad perubatan dan juga insuran hayat.

#12 Tabung pelancongan
Setiap individu atau keluaga mahu pergi melancong bersama orang tersayang. Jadi, sediakan satu tabung untuk anda menampung kos perbelanjaan pergi melancong.
#13 Tabung sambutan perayaan
Ketika musim perayaan, ramai yang mula beli barang baru seperti baju, perabot, gajet dan lain-lain lagi. Sebelum musim perayaan tiba, pastikan anda sudah mempunyai tabung simpanan untuk sambutan perayaan.
#14 Tabung umrah & Haji
Walaupun giliran anda untuk pergi haji masih lambat, anda masih perlu sediakan wang perbelanjaan untuk ke sana. Simpanan wang di dalam akaun tabung haji dan jadikan sebagai perbelanjaan haji atau umrah anda.
#15 Tabung perkahwinan
Bagi individu yang masih bujang, tabung perkahwinan sangat penting terutama dengan kos perbelanjaan yang semakin tinggi.