5 sebab rakyat Malaysia masih gagal mempunyai pelan perlindungan walaupun sering 'dipaksa'

Image result for stubborn people

Salah satu perkara asas dalam pengurusan kewangan adalah melindungi aset dan pendapatan sedia ada. Tujuan kita melindungi pendapatan dan aset adalah supaya kita masih lagi dapat meneruskan hidup walaupun mengalami masalah kesihatan.

Apa itu pelan perlindungan?

  • Kad perubatan / Medical card - Bagi memastikan anda tidak menggunakan wang simpanan atau pelaburan jika terpaksa dimasukkan ke hospital
  • Pampasan / Hibah - Bagi memastikan waris, keluarga atau tanggungan anda mempunyai pendapatan jika anda pergi dahulu. Juga, memastikan anda mempunyai pendapatan walaupun anda dibuang kerja atas faktor kesihatan.
Di Malaysia sendiri, masih ramai yang belum mempunyai pelan perlindungan atas sebab-sebab tertentu. Berikut adalah 5 sebab kenapa rakyat Malaysia masih gagal mempunyai pelan pelindungan walaupun sering dipaksa oleh ejen-ejen takaful yang berdaftar.

Pengurusan kewangan yang lemah

Ini adalah alasan paling utama rakyat Malaysia gagal mempunyai pelan perlindungan sendiri atau keluarga. Selain tiada simpanan, hutang yang sudah banyak juga menjadi sebab mereka tidak mempunyai 'tabung perlindungan' ini.

Ramai juga yang mempunyai gaji tinggi tetapi pada masa yang sama juga gagal untuk menyediakan pelan perlindungan kerana hutang dan komitmen yang tinggi.

Namun, sekarang sudah banyak pelan perlindungan yang dikeluarkan oleh kebanyakan syarikat takaful yang mampu milik. Dengan anggaran premium bawah RM100 sebulan, anda sudah boleh dapatkan kad perubatan atau medical card dengan had tahunan yang tinggi iaitu RM100,000.

Anda boleh dapatkan maklumat dari ejen yang berdaftar berhampiran kawasan anda.

Tiada kesedaran

Kenapa perlu ambil pelan perlindungan? Ramai yang ambil mudah tentang pelan perlindungan kerana tidak faham akan fungsi sebenar pelan pelrindungan ini. Ada juga yang menganggap ia hanyalah satu kerugian terutama apabila 'bayar setiap bulan tetapi tidak dapat apa-apa'.

Orang ramai biasanya hanya mula mendapat kesedaran apabila sudah sakit dan tidak mampu untuk menanggung kos perubatan. Selepas sakit, anda memang sudah tidak layak lagi untuk mengambil pelan perlindungan ini.

Kurang maklumat

Berdasarkan pengalaman beberapa orang ejen takaful, kebanyakan pelanggan sendiri tidak faham manfaat serta konsep pelan perlindungan. Apabila tidak mempunyai maklumat yang lengkap dan tepat, pelan perlindungan tidak menjadi satu perkara penting dalam pengurusan kewangan.

Selain itu, ramai juga individu yang tidak mahu meluangkan masa untuk mendengar taklimat atau penerangan yang diberikan oleh ejen takaful walaupun secara percuma.

Ejen takaful hanya mahukan duit anda? Ya betul. Ejen takaful hanya mahukan duit anda supaya diri dan keluarga anda dilindungi.

Pengalaman ditipu

Bayar RM200 setiap bulan, selepas 10 tahun dapat RM20,000. Kebanyakan golongan veteran tidak percaya terhadap pelan perlindungan kerana pernah ditipu oleh ejen takaful. Antaranya adalah seperti menjanjikan pulangan yang tinggi.

Selain itu, kegagalan mendapatkan manfaat  seperti yang 'diharapkan' juga menjadi punca ramai yang takut untuk mengambil pelan perlindungan. Terdapat segelintir ejen takaful yang gagal untuk menerangkan manfaat yang ditawarkan dengan tepat menjadi punca salah faham.

90% pelanggan tidak pernah baca polisi atau sijil takaful? Sikap malas untuk membaca menyebabkan pelanggan mudah untuk 'ditipu'.

Lambat dan mahal

Umur 40 baru mula merancang untuk ambil pelan perlindungan? Jangan terkejut jika premium yang terpaksa anda carum atau bayar setiap bulan adalah sangat mahal.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan premium caruman anda menjadi tinggi atau mahal :
  • Umur - semakin tua, semakin mahal
  • Jenis pekerjaan - pekerjaan berisiko tinggi, lebih mahal
  • Merokok - perokok lebih mahal
  • Jantina - perempuan lebih mahal
  • Penyakit - jika sudah mempunyai penyakit, lebih mahal
Semak premium bulanan anda sekarang [SEMAK]



Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post