Takut ejen naikkan harga rumah. Ini kesan apabila anda beli rumah terus dari tuan rumah.

homebuying

Masih ramai diluar sana yang menganggap bahawa ejen hartanah akan menaikkan harga rumah yang dijual semata-mata untuk mendapatkan komisyen yang banyak.

Mereka lebih suka berurusan terus dengan tuan rumah berbanding melalui ejen kerana lebih mudah untuk mendapatkan harga yang murah.

Namun, perlu diingat bahawa terdapat beberapa kes sebenar dimana pembeli telah ditipu oleh tuan rumah dan menyebabkan kerugian wang yang banyak.

Jom lihat antara kesan-kesan yang mungkin akan terjadi terhadap diri anda apabila berurusan dengan tuan rumah.



Deposit bakal hilang

Apabila berurusan terus dengan tuan rumah, anda mungkin akan terlepas satu langkah yang penting iaitu meletakkan ‘klausa’ deposit akan dipulangkan jika pinjaman perumahan tidak diluluskan.

Jika anda tertinggal perkara penting ini, anda mungkin bakal kehilangan deposit yang telah dibayar.

Setelah bayaran deposit dibuat, ada sesetengah tuan rumah yang tidak tahan melihat wang tersebut dan telah menghabiskan wang tersebut untuk kegunaan peribadi walaupun pinjaman pembeli masih belum diluluskan.

Apabila ini berlaku, memang amat susah untuk tuan rumah memulangkan semula wang deposit tersebut.

Ada juga kes dimana tuan rumah meminta pembeli menyediakan 10% bayaran deposit sedangkan anda hanya perlu bayar 3% sebagai tanda setuju untuk beli rumah tersebut. Manakala baki 7% perlu dibayar semasa proses tandatangan SPA.



Tiada hitam putih

Ini yang sering terjadi kepada pembeli apabila membuat bayaran kepada tuan rumah.

Bayaran dibuat melalui tunai dan tiada resit pembayaran akan meningkat risiko anda bakal ditipu oleh tuan rumah.

Resit ini sangat penting sebagai bukti yang kita sudah buat bayaran kepada tuan rumah. Tanpa resit tersebut, kita tidak boleh buktikan kepada tuan rumah yang kita sudah buat bayaran.
shawlaw


Carian sendiri

Apabila anda sudah suka dengan rumah yang anda ingin beli, pastikan anda membuat carian maklumat terhadap rumah tersebut.

Lihat pada status rumah tersebut sama ada ianya berstatus bumi atau non-bumi, leasehold atau freehold dan lebih penting sama ada rumah tersebut mempunyai sekatan jualan atau tidak.

Jika tersilap beli, banyak kos yang perlu anda tanggung di kemudian hari dan mungkin hanya membuang masa anda sahaja.

Dan pastikan tuan rumah juga bukanlah berstatus bankrupt kerana ia bakal menghalang proses jual beli tersebut.

Anda tidak boleh mengharapkan semua dokumen akan disediakan oleh tuan rumah kerana ada di antara mereka juga yang sudah hilang dokumen penting seperti SNP.

Jadi, berhati-hati lah ketika berurusan dengan tuan rumah.


Hantar permohonan pinjaman sendiri

Sebagai seorang yang bekerja makan gaji, anda mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk menghantar dokumen permohonan pinjaman perumahan kepada pihak bank.

Anda mungkin terpaksa mengambil cuti sehari semata-mata untuk menghantar permohonan pinjaman rumah tersebut.

Lebih penat lagi apabila dokumen anda tidak lengkap semasa berurusan dengan pihak bank dan anda terpaksa pergi untuk kali kedua.

Jika menggunakan khidmat ejen hartanah, mereka mungkin boleh memberi nasihat tentang dokumen yang perlu disediakan untuk permohonan pinjaman perumahan.

Bagaimana pula jika pinjaman perumahan anda ditolak? Anda terpaksa pergi ke bank sekali lagi untuk membuat permohonan seterusnya.


Kesimpulannya, membeli rumah tanpa menggunakan khidmat ejen hartanah memang berisiko tinggi terutama jika anda tidak mempunyai ilmu dalam proses jual beli hartanah.
Previous Post Next Post