4 Sikap Hebat Pekerja Yang Membuatkan Majikan Mudah Ambil Kerja

Resume yang hebat belum tentu beri jaminan anda akan dapat kerja dengan cepat.

Majikan pada hari ini tidak lagi memandang resume semata-mata untuk membuat keputusan memilih staf mereka. Mereka juga cenderung untuk melihat pada karektar  dan sikap anda!

Jika sikap yang anda tunjukkan semasa sesi interview, majikan anda mungkin tidak akan memandang resume anda langsung.

Sebelum itu, apakah sikap yang majikan suka lihat pada calon sebelum mereka memilih? Kami kongsikan empat (4) sikap hebat yang perlu anda tunjukkan kepada bakal majikan anda.

#1 Boleh Buat Keputusan

Semasa sesi interview, majikan anda biasanya akan tanya beberapa soalan berbentuk situasi untuk menilai cara anda membuat keputusan.

Bagi majikan, tiada jawapan yang betul atau salah, tetapi hanya cara calon membuat keputusan akan menentukan segalanya.

Sebagai seorang staf, anda bukan sahaja perlu tahu buat kerja, malah anda juga perlu tahu membuat keputusan yang tepat terutama ketika dalam keadaan tertekan.

Jika mereka mengambil anda yang bijak membuat keputusan, majikan tersebut sebenarnya telah mengambil seorang manager  atau leader.

#2 Boleh Bekerja Lebih Dari Yang Diberikan

Ini bukan bermakna lebih banyak anda habiskan masa di pejabat, majikan anda lebih sayang.

Majikan biasanya lebih suka jika mereka beri arahan yang mudah dan anda memberi sesuatu yang lebih.

Contohnya, jika sesuatu kerja perlu diselesaikan dalam masa 3 hari, sebaiknya anda selesaikan kerja tersebut lebih awal dan tidak tunggu hingga saat akhir.

Selain itu, anda juga sebenarnya telah memudahkan kerja majikan kerana tidak banyak masa diperlukan dalam memberi penerangan untuk sesuatu kerja.

#3 Sentiasa Hormati Masa

Perkara paling penting dalam dunia pekerjaan adalah sentiasa menepati masa.

Setiap kali anda lewat hadir ke pejabat, anda sebenarnya telah menunjukkan sisi negatif diri anda kepada majikan dan juga rakan sekerja anda.

Bagi majikan, mereka lebih gemar individu yang tepati masa terutama ketika sesi temuduga pertama. Individu yang pandai menghormati masa sendiri biasanya akan menghormati masa orang lain.

Anda sebagai seorang staf yang mewakili syarikat juga perlu sentiasa menepati masa apabila berjumpa dengan pelanggan. Anda sedang membawa imej syarikat.


#4 Positif

Akhir sekali, sikap yang anda perlu tunjuk kepada majikan adalah sentiasa positif.

Individu yang positif bukan sahaja membantu anda buat kerja dengan baik tetapi akan memberi kesan kepada individu lain dalam syarikat.

Oleh sebab itu, majikan lebih gemar mengambil individu yang positif supaya staf lain juga turut sentiasa dalam keadaan positif.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post