Cara Untuk Freelance Urus Gaji Yang Tidak Tetap Setiap Bulan

Kerja sebagai seorang Freelance sekarang sudah popular dalam pelbagai bidang. Ramai yang mahu menjadi freelance kerana masa yang flexible dan tidak terikat dengan majikan.

Lebih menarik lagi, pendapatan yang diterima juga sangat tinggi cuma tidak tetap setiap bulan.

Jika ada permintaan kerja yang tinggi dari pelanggan, gaji anda pada bulan tersebut mungkin tinggi. Begitu juga sebaliknya jika permintaan kerja sangat rendah. Kami akan kongsikan dengan anda bagaimana seorang freelance yang mempunyai gaji tidak tetap mengurus duit dengan baik.


#1 Simpanan Kecemasan

Sama seperti orang lain, seorang freelance juga wajib mempunyai simpanan kecemasan. Lebih penting lagi, simpanan kecemasan seorang freelance sepatutnya lebih banyak dari orang lain.

Kerja sebagai seorang freelane mempunyai lebih banyak risiko berbanding kerjaya yang mempunyai pendapatan tetap.

Setiap kali terima gaji dan pendapatan, simpan 10% sama ada gaji yang diterima adalah rendah atau tinggi. Semakin tinggi gaji anda, semakin tinggi simpanan anda.

#2 Pelaburan Persaraan

Walaupun anda bekerja sebagai seorang freelance, anda juga mahu bersara sama seperti orang lain. Oleh itu, anda juga masih perlu mempunyai satu dana persaraan.

Kami galakkan untuk anda melabur dengan konsisten setiap bulan sama ada dalam unit trust, asb, saham atau hartanah.

Selain itu, anda mungkin boleh mencarum dalam Private Retirement Scheme (PRS) bagi menggantikan KWSP.

#3 Bayar Cukai

Kalau anda ingin membuat pinjaman kereta atau beli rumah, anda perlu membayar cukai setiap tahun.

Cukai pendapatan yang anda bayar setiap tahun akan membantu memudahkan permohonan pinjaman anda.

Cara terbaik untuk persediaan membayar cukai adalah membuat simpanan setiap bulan sebagai persediaan membayar cukai. Jika anda ingin bayar cukai sekaligus, jumlah tersebut mungkin terlalu tinggi.

Anda boleh menggunakan konsep Potongan Cukai Bulan (PCB) yang biasa dibuat oleh majikan bagi tujuan memudahkan pembayaran cukai pendapatan.



#4 Simpan dan Belanja

Akhir sekali, setiap kali terima pendapatan pastikan anda simpan dan labur dahulu. Kemudian, baru berbelanja dengan apa yang tinggal.

Jika anda berbelanja terlebih dahulu, anda berisiko untuk tidak mempunyai lebihan untuk membuat simpanan dan pelaburan. Lebih berisiko lagi adalah pendapatan anda pada bulan hadapan mungkin lebih rendah.

Selain simpan dan berbelanja, sebagai seorang freelance anda patut menambah pendapatan setiap bulan. Kerjaya sebagai seorang freelance amat mencabar kerana persaingan sangat ramai dan jika anda tidak mampu untuk tambah pendapatan, anda mungkin akan berhenti menjadi seorang freelance.

Jika anda seorang freelance, apa lagi nasihat yang anda boleh berikan? Kongsikan dengan kami dibawah.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post