Cara Kumpul RM60,000 Dalam Tempoh 5 Tahun Dengan Hanya Berniaga Dropship Secara Part Time


Jika anda pernah rasa untuk dapatkan duit berjumlah RM60,000 dalam tempoh adalah sesuatu yang mustahil, anda boleh terus baca artikel ini sehingga habis.
Orang yang dah kerja 10 tahun pun belum tentu ada saving RM60,000
Kami telah berjumpa dengan beberapa orang individu yang berjaya mengumpul RM60,000 dalam tempoh lima (5) tahun melalui dropship sahaja. 

Sebelum itu, mereka memilih dropship secara part time kerana mereka masih lagi bekerja makan gaji seperti biasa dan mahu menambah pendapatan. 

Mereka bukan sahaja berjaya tambah pendapatan malah mempunyai simpanan berjumlah RM60,000.

Mereka telah kongsikan 4 perkara penting semasa membuat perniagaan dropship dan mempunyai simpanan RM60,000 dalam tempoh lima tahun.

#1 Pilih produk senang jual dan trend

Walaupun produk atau servis yang ikut trend semasa ini hanya memberi keuntungan sementara, tetapi keuntungan yang diterima adalah banyak.

Selain itu, menjula produk yang tengah hot juga lebih mudah kerana ramai yang sedang mencari. Keuntungan yang berjaya diterima bagi setiap satu produk kebiasaanya adalah antara RM25 hingga RM50.

Target utama mereka adalah menjual sebanyak 20 produk sebulan sahaja untuk mendapat keuntungan RM1,000 sebulan (RM50 x 20 unit). Secara purata mereka hanya perlu menjual 1 produk sehari.

#2 Jangan lupa pasaran offline

Kebanyakan bisnes owner, ejen atau dropship hari ini terlalu fokus kepada jualan melalui online sama ada di Facebook, Instagram dan lain-lain.

Ramai yang lupa tentang pasaran offline yang sebenarnya juga mudah untuk berniaga. Sebelum itu, pastikan produk yang anda jual juga adalah produk yang menjadi keperluan atau kehendak orang sekeliling anda.

#3 Sentiasa buat lebih

Jika target anda adalah menjual satu produk sehari, pastikan anda masih lagi terus menjual walapun sudah mencapai sasaran pada hari yang sama.

Dalam perniagaan, bukan setiap masa kita akan berada diatas. Kadang kala, kita akan rasa produk yang dijual susah untuk dijual dan tiada pembeli langsung.

Disiplin dan konsisten juga akan membantu anda dalam perniagaan. Jika anda tidak konsisten membuat iklan, anda juga semakin sukar untuk membuat jualan.

Semakin banyak marketing, semakin tinggi peluang anda membuat jualan.


#4 Jangan taksub pada sesuatu produk

Dalam perniagaan dropship, anda adalah ejen kepada semua produk. Tugas anda adalah untuk membuat marketing dan membantu urus niaga sehingga selesai.

Anda tidak terikat dengan mana-mana produk secara ekslusif. Jadi, anda patut ambil peluang dengan produk-produk lain yang mudah dijual seperti tip #1 diatas.

Jika anda berminat untuk mulakan dropship secara part time, pastikan tidak mengganggu kerja anda dipejabat.

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post