5 Masalah Yang Di Hadapi Oleh Golongan Muda Untuk Dapatkan Rumah Pertama


Memiliki rumah pertama merupakan idaman setiap rakyat Malaysia.

Namun, tidak semua diberikan peluang untuk miliki rumah pertama pada usia yang awal. Banyak faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia kebanyakannya tidak memiliki rumah pertama.

Berikut adalah 5 masalah utama yang dihadapi oleh golonga muda untuk dapatkan rumah pertama mereka.

#1 Deposit Yang Tinggi

Bagi individu yang baru mula bekerja, perlu ambil masa yang lama untuk mengumpul 10% deposit dari harga rumah.

Jika harga rumah adalah RM200,000, deposit yang perlu dikumpul pula adalah RM20,000.

Melainkan jika mereka beli rumah baru dari pemaju kerana banyak diskaun yang ditawarkan seperti skim tanpa deposit. Tetapi perlu diingat bahawa kebanyakan rumah baru adalah sangat mahal dan tidak mampu dibeli oleh golongan muda.

Baca : Rahsia Pelabur Hartanah Dapatkan Rumah Yang Murah Di Lembah Klang

#2 Harga Yang  Mahal

Kenaikan harga rumah rumah terlalu tinggi menyebabkan ramai golongan muda yang baru bekerja tidak mampu untuk menanggung bayaran ansuran bulanan yang tinggi.

Malah, pihak bank juga tidak akan beri pinjaman perumahan jika gaji pemohon terlalu rendah.

Melainkan golongan muda ini sanggup kurangkan citarasa untuk tinggal di rumah flat atau apartment kos rendah yang lebih murah.
#3 Proses Lambat

Masalah lain yang sering dihadapi adalah proses jual beli yang terlalu lama.

Bagi proses normal untuk selesai adalah antara 3 hingga 4 bulan jika tiada sebarang masalah. Namun, jika terdapat sebarang masalah, proses boleh mengambil masa sehingga 1 hingga 2 tahun.

Proses yang lambat ini membuatkan ramai golongan muda lebih suka untuk sewa rumah,

#4 Kos Terlibat Yang Tinggi

Untuk memiliki rumah sendiri, anda bukan sahaja perlu menyediakan deposit sebanyak 10% tetapi juga perlu menyediakan kos-kos lain seperti kos guaman, kos penilai, kos insuran dan lain-lain lagi.

Ini tidak termasuk lagi jika anda perlu membaiki kerosakan rumah tersebut.

Baca : 4 Perkara Yang Ramai Salah Faham Tentang Proses Jual Beli Rumah

#5 Komitmen Yang Tinggi

Selain itu, masalah yang sering dihadapi oleh golongan muda adalah komitmen sedia ada terlalu tinggi.

Antaranya adalah seperti pinjaman kereta, pinjaman peribadi, pinjaman kad kredit dan juga pinjaman pendidikan.

Komitmen seperti ini menghalang golongan muda untuk membuat pinjaman perumahan.


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post