Potongan KWSP Suri Rumah 2% Menguntungkan Golongan Suami Bergaji Sederhana Dan Rendah


Skim akaun KWSP yang bakal diperkenalkan untuk golongan surirumah memberi banyak kelebihan kepada isteri-isteri yang tidak bekerja.

Suami yang bekerja akan dipotong gajinya sebanyak 2% dan pihak kerajaan pula akan memberi RM50 setiap caruman.

Namun, skim yang diperkenalkan ini sebenarnya memberi keuntungan yang sangat besar kepada golongan suami yang bergaji sederhana dan rendah.

Kami berikan contoh seperti dibawah:

#1 Suami Bergaji RM1,500

Caruman setiap bulan adalah sebanyak RM30 (RM1,500 x 2%).
Manakala sumbangan daripada kerajaan pula adalah RM50.

Dengan hanya menyumbang RM30, isteri bakal menerima keuntungan RM50 (tidak termasuk keuntungan dividen tahunan KWSP).

Ini bermakna kadar keuntangan adalah lebih kurang 170%!

#2 Suami Bergaji RM2,500

Caruman setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM2,500 x 2%).
Manakala sumbangan daripada kerajaan pula adalah RM50.

Ini bermakna, dengan menyumbang RM50, isteri bakal menerima keuntungan RM50 (tidak termasuk keuntungan dividen tahunan KWSP).

Kadar keuntungan adalah 100% dari modal yang dikeluarkan.

#3 Suami Bergaji RM5,000

Caruman setiap bulan adalah sebanyak RM100 (RM5,000 x 2%).
Manakala sumbangan daripada kerajaan pula adalah masih RM50.

Dengan sumbangan RM100 setiap bulan, isteri bakal menerima keuntungan RM50 (tidak termasuk keuntungan dividen tahunan KWSP).


Ini bermakna kadar keuntangan adalah 50% dari modal yang dikeluarkan.

Berdasarkan tiga (3) situasi diatas, individu yang bergaji rendah akan mendapat kadar keuntungan yang lebih tinggi.

Walaupun skim ini nampak seperti memberi keuntungan kepada individu yang bergaji rendah, namun masih terdapat masalah seperti:

  1. Golongan bergaji rendah lebih memerlukan cash in hand untuk meneruskan hidup berbanding pelan persaraan.
  2. Masalah cash in hand oleh golongan rendah dapat diselesaikan dengan bantuan dari kerajaan sendiri.
  3. Golongan suami mungkin belum bersedia untuk meningkatkan lagi potongan dalam gaji.
  4. Individu yang mempunyai hutang yang banyak merupakan individu yang paling terkesan.
  5. Kebanyakan individu yang bergaji rendah dan sederhana tidak mempunyai pelan persaraan yang mencukupi.
Walaubagaimanapun, skim ini masih lagi belum diterangkan secara terperinci mengenai perlaksanaannya.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post