Nak Melabur Hartanah Tapi Pening Sebab Banyak Sangat Strategi? Ini Cara Pilih Strategi Sesuai Dengan Diri Sendiri


Kalau anda baca di media sosial sekarang banyak info berguna untuk melabur dalam hartanah.

Tetapi, apabila terlalu banyak info juga menyebabkan ramai yang keliru untuk gunakan strategi yang mana satu.

Kami nak kongsikan beberapa cara untuk anda gunakan supaya boleh memilih strategi dalam pelaburan hartanah yang sesuai dengan diri sendiri.

#1 Kewangan Peribadi

Perkara pertama dan paling penting adalah menyemak status kewangan peribadi.

Maksudnya, orang bergaji tinggi dan rendah mempunyai strategi pelaburan hartanah yang berbeza.

Orang bergaji tinggi mungkin sesuai untuk melabur dengan hartanah yang lebih mahal berbanding orang bergaji rendah.

Sebab itu anda kena pastikan dahulu status kewangan peribadi anda sebelum pilih strategi pelaburan mana yang sesuai.

#2 Risiko & Dana Kecemasan

Semakin tinggi nilai hartanah tersebut, semakin tinggi juga risiko yang bakal dihadapi.

Sebab itu, ada juga individu yang bergaji tinggi tetapi masih lagi melabur dalam hartanah yang harganya lebih rendah kerana mahu mengurangkan risiko.

Jika anda masih lagi baru bekerja dan terus membeli satu hartanah yang mahal harganya, anda seperti meletakkan diri anda dalam keadaan berisiko tinggi.

Melainkan anda sudah mempunyai dana kecemasan yang mencukupi seperti bayaran ansuran untuk setahun jika tidak disewakan.


#3 Sikap & Masa

Adakah anda suka melayan kerenah penyewa? Jika suka, anda mungkin lebih sesuai untuk pelaburan hartanah dengan strategi beli dan sewa.

Tetapi, jika anda memang tidak suka melayan kerenah penyewa, anda boleh gunakan strategi beli dan jual semula (flip).

Sama juga kalau anda mempunyai masa terluang yang banyak mungkin boleh habiskan masa untuk melayan kerenah penyewa. Jika tidak, anda tidak perlu menggunakan strategi tersebut.

#4 Matlamat & Impian

Ada pelabur hartanah yang mempunyai impian untuk memiliki 100 buah rumah. Ada juga yang hanya ingin memilik 5 buah rumah sahaja.

Matlamat dan impian setiap orang akan menentukan strategi yang bakal digunakan.

Semoga empat (4) tip diatas boleh membantu anda menggunakan strategi yang betul dalam pelaburan hartanah.

Jangan melabur dalam hartanah sebab orang lain suruh.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post