Nak Beli Kereta Baru? 3 Faktor Penting Yang Anda Perlu Tahu


Ramai yang merancang untuk beli kereta baru tetapi tidak tahu bagaimana untuk beli dengan betul.

Kesannya, ramai juga yang menyesal membeli kereta yang di luar kemampuan kerana terbeban dengan bayaran ansuran kepada pihak bank.

Kami nak kongsi 3 faktor penting yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan membeli kereta baru.

#1 Kelayakan Pinjaman

Nak beli kereta dengan bantuan kewangan dari pihak bank mestilah kena ikut kelayakan dari bank.

Sebab itu, perkara pertama kena tengok adalah berapa kelayakan pinjaman yang kita mampu. Boleh semak dengan bank sebab setiap bank berbeza syarat dan kelayakan.

Bila dah tau jumlah maksimum boleh buat pinjaman, baru boleh pilih jenis kereta yang sesuai.

#2 Kemampuan 'Sebenar'

Apa beza kelayakan pinjaman tadi dengan kemampuan 'sebenar?

Pihak Bank mungkin boleh bagi anda pinjaman dengan ansuran RM1,000 sebulan. Tetapi, adakah anda sendiri boleh simpan RM1,000 setiap bulan sebelum ini?

Anda juga kena kira komitmen lain yang anda kena bayar setiap bulan.

Selain itu, kena ambil kira juga kos-kos seperti maintenance/servis, tol, petrol, parking, insurance, cukai jalan dan lain-lain lagi.

Kos-kos tambahan lain yang membuatkan ramai terbeban dengan memiliki kereta.


#3 Insurance Atau Takaful

Jangan keliru antara insuran kemalangan kereta dan insuran pinjaman kereta.

Insuran kemalangan kereta yang anda bayar setahun sekali masa renew roadtax hanya cover ketika berlaku kemalangan.

Insuran pinjaman kereta pula akan cover semua baki pinjaman kereta jika owner meninggal dunia. Jadi, waris tak perlu tanggung baki tertunggak kereta tersebut.

Kami harap 3 faktor penting ini membantu anda memilih kereta yang sesuai.

Nak beli kereta sebenarnya mudah tetapi nak 'jaga' kereta ini yang sebenarnya lebih terbeban.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post