Bagaimana Ilmu Pengurusan Kewangan Membantu Anda Memilih Pemimpin Semasa Musim Pilihanraya Ini


Musim mengundi telah tiba dan semua rakyat Malaysia tak sabar-sabar untuk mengundi.

Nak pilih pemimpin bukanlah sesuatu yang mudah sebabnya jika tersalah pilih, merana hidup. Tetapi jika dapat pilih pemimpin yang betul, hidup semua orang akan berubah.

Kami nak kongsikan bagaimana konsep pengurusan kewangan dapat membantu anda memilih pemimpin yang betul.

Sentiasa Membuat Keputusan Dengan Fakta, Bukan Emosi

Dalam pengurusan kewangan, anda perlu bijak memilih dan membuat keputusan yang tepat.

Setiap keputusan yang dibuat mestilah berdasarkan fakta dan statistik. Bukan kerana emosi yang berlebihan.

Paling penting adalah ketika melibatkan pemilihan pelaburan yang sesuai. Jika pelaburan tersebut tepat, anda boleh dapat keuntungan. Tetapi jika pelaburan tersebut adalah tidak tepat, anda terpaksa menanggung kerugian.

Sama juga seperti memilih pemimpin, anda perlu melakukan sedikit research untuk mendapatkan beberapa fakta sebelum membuat keputusan.

Review Pelaburan Setiap 5-10 Tahun

Semua orang tahu bahawa pelaburan adalah untuk jangka masa panjang. Setiap 5 atau 10 tahun, anda perlu menilai semula prestasi pelaburan anda.

Jika pelaburan tersebut memberi keuntungan seperti yang dirancang, teruskan dengan pelaburan tersebut.

Tetapi, jika pelaburan tersebut hanya mendatangkan kerugian, anda sebaiknya menukar pelaburan yang lebih baik.

Jika ini adalah kali kedua anda akan pergi mengundi, anda sepatutnya sudah boleh membuat review tempoh 5 tahun pemerintahan sebelum ini. Jika baik, teruskan. Jika tidak, tukar.
Keuntungan Pelaburan Bukanlah Segala-galanya

Ramai yang beranggapan bahawa keuntungan dari hasil pelaburan adalah punca kekayaan seseorang. Tetapi sebenarnya, pengurusan kewangan yang lengkap adalah punca kekayaan.

Pengurusan kewangan yang lengkap adalah bermaksud mempunyai simpanan kecemasan yang mencukupi, pelan perlindungan yang kuat, pelaburan jangka masa panjang dan pelan persaraan yang sempurna.

Sama juga seperti manifesto yang ditawarkan oleh semua pemimpin. Anda perlu bijak memilih manifesto yang lengkap bukan sahaja keuntungan semata-mata.

Tiga (3) situasi diatas mungkin boleh membantu anda memilih pemimpin yang baik.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post