"Harga Rumah Mampu Milik Rakyat Malaysia Hanya RM280,000 Sahaja" Banyak Rumah Tak Terjual

Image result for harga rumah mampu milik

Baru-baru ni keluar satu berita dengan tajuk 'rumah tidak terjual terlalu banyak'.

Antara punca banyak sangat rumah tak terjual adalah harga rumah tu sendiri yang terlalu mahal. Orang ramai tidak mampu dengan gaji sedia ada.

Hasilnya, diorang bagitahu yang rumah mampu milik rakyat Malaysia adalah RM280,000 sahaja. Ini adalah purata dan mungkin tak sesuai mengikut sesuatu lokasi.

Tahap kemampuan RM280,000 ni adalah bergantung kepada purata gaji individu rakyat Malaysia. Ini menunjukkan yang harga rumah naik terlalu laju berbanding kenaikan gaji.

Kalau duduk dekat Lembah Klang, harga rumah RM280,000 adalah murah kerana kebanyakan rumah baru sekarang pun antara RM400,000 ke atas.

Kenapa Banyak Rumah Tak Terjual?

1. Harga terlalu tinggi

Kalau perasan sekarang rumah baru yang dijual oleh pemaju semua harga terlalu mahal. Mungkin mahal terlalu subjektif mengikut kemampuan gaji.

Tapi, jika dibandingkan dengan rumah sedia ada, rumah baru adalah terlalu mahal.

Sebab itu pembeli ada banyak pilihan termasuk beli dari pasaran subsale dan bukannya rumah baru dari pemaju.

2. Supply terlalu banyak

Hari ni kita boleh nampak banyak pemaju berlumba-lumba untuk membina satu township sendiri.

Kesannya, rumah yang dijual terlalu banyak manakala pembeli pula terlalu sedikit. Namun, pemaju juga sedar keadaan ni akan terjadi.

Kes supply terlalu banyak adalah sementara sahaja terutama dikawasan baru.

3. Syarat kelulusan pinjaman semakin ketat

Ramai yang mengadu apabila permohonan pinjaman kena reject dengan pihak bank.

Bank sekarang lebih memilih dalam meluluskan pinjaman perumahan. Salah satu sebabnya adalah keadaan ekonomi yang tidak stabil menyebabkan peluang untuk diberhentikan kerja semakin tinggi.

So, banyak rumah terjual ni nanti akan jadi macam mana?
Jika ekonomi dapat kembali pulih dengan cepat, rumah tersebut juga akan kembali ke pembelinya.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post