Mulakan Tahun 2018 Dengan 5 Matlamat Kewangan Yang Lebih Awesome Ini


Macam mana dengan Azam Tahun 2017? Korang dapat capai semua?

Kalau masih lagi belum capai, jangan risau, sebab korang boleh bawa ke tahun 2018. (macam biasa)

Okay, kali ni kami nak kongsi 5 Matlamat Kewangan yang lebih Awesome untuk tahun 2018 ni yang korang boleh cuba.

#1 Beli Rumah Pelaburan

Dah penat tunggu harga rumah jatuh tapi tak jatuh2? Tahun 2018 ni tak perlu dah korang nak tunggu harga rumah jatuh. Kalau dapat yang murah, beli je.

Untuk pelaburan, banyak analisis yang kena buat. Tak sama macam beli rumah untuk duduk sendiri.

Korang boleh baca info dan maklumat tentang pelaburan hartanah semua dekat sini HARTANAH.

#2 Beli Saham Sebagai Pelaburan

Saham untuk orang kaya? Takut rugi?

Tahun 2018, apa kata korang mula beli saham. (Warren Buffet pun mula-mula dulu beli saham banyak2).

Ada dua kategori sama ada korang nak jadi Trader atau Investor.

Kalau Trader ni, high risk dan high return. Kena monitor selalu harga saham yang dah beli. Trader main dengan cara short term.

Kalau Investor pula, lebih kepada long term. Tak perlu nak monitor saham setiap hari. Lebih berisiko rendah.

So, anda boleh mulakan Tahun 2018 dengan menjadi seorang Investor saham dengan risiko yang lebih rendah.

Nak beli saham apa? Yang ni kena pergi kelas belajar atau baca je buku.

#3 Pelan Persaraan RM1 Juta

Pernah terfikir nak bersara dengan duit RM1juta? Kenapa perlu RM1juta ni?

Kebanyakan individu yang cuba nak bersara lebih awal, diorang akan target untuk dapatkan tunai RM1juta.

Tujuannya, dengan RM1juta, boleh masukkan ke dalam pelaburan yang berisiko rendah dengan keuntungan antara 5% - 7 % setahun.

Dengan RM1juta, korang boleh dapat RM60,000 setahun (6% untung), ataupun RM5,000 sebulan. Setiap bulan ada duit untuk belanja dan paling best, duit prinsipal RM1juta tu tak terusik pun.

Macam mana nak kumpul RM1juta? Korang boleh baca artikel-artikel lama kami yang banyak info dan maklumat best.

#4 Pelan Perlindungan Percuma

Zaman sekarang, siapa yang pandai nak pusing-pusingkan duit, dia paling banyak untung. Contohnya, pairkan ASBF dengan rumah, pairkan rumah dengan pelaburan lain dan macam-macam lagi cara.

Untuk tahun 2018, korang kena jadi lebih bijak untuk cari jalan (pusingkan duit) supaya dapat pelan perlindungan percuma!! Ya betul. Jangan terkejut sebab ramai yang dah buat macam ni.

Contoh, kalau korang punya pelan perlindungan RM300 sebulan ataupun RM3,600 setahun. Paling simple, dengan ASBF punye dividen pun dah boleh cover setahun punya pelan perlindungan.

Cara lain, guna pelaburan hartanah ataupun guna je gaji setiap bulan macam biasa.

#5 Tambah Ilmu Pengurusan Harta Pusaka

Last sekali, benda paling penting korang kena tambah adalah ilmu pengurusan harta pusaka.

Masih ramai yang tak tahu pasal pengurusan harta pusaka ni. Memang nampak senang. "Nanti mati pandai-pandailah anak aku uruskan."

Tapi jangan tak tahu ramai yang bergaduh sebab harta pusaka ni. Adik beradik pun boleh putus hubungan sebab gaduh harta pusaka.

Tahun ni, cuba korang tambah lagi ilmu pasal pengurusan harta pusaka sama ada pergi seminar, baca buku, jumpa pakar atau lain-lain lagi.

Mana-mana azam 2017 yang belum tercapai tu, boleh la bawa ke tahun 2018.


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post