5 Cara Untuk Pastikan Anda Tidak Tersalah Pilih Dana Unit Trust

Image result for mutual funds performance
Melabur dalam amanah saham atau unit trust boleh dapat profit 12% setiap tahun?

Nanti dulu..kalau korang pernah terfikir untuk dapat profit banyak macam ni, korang kena lebih berhati-hati.

Tidak semua dana unit trust boleh bagi korang profit yang tinggi. Ada juga yang dah melabur 5 tahun tapi masih lagi tak dapat untung.

Kami nak kongsikan 5 cara untuk korang pastikan dana yang dipilih adalah betul.

#1 Faham Konsep Unit Trust

Sebelum nak melabur dalam unit trust, pastikan korang faham konsep sebenar unit trust. Jangan sekadar nak melabur untuk dapat untung.

Nak faham, korang boleh baca artikel dalam www.duitkertas.com dan pilih topik amanah saham. Nanti korang boleh baca banyak topik tentang unit trust ni.

Tapi kalau betul-betul nak dapatkan info atau maklumat, korang disarankan untuk terus jumpa mana-mana UTC, Unit Trust Consultant.

Tanya semua soalan sehingga faham supaya korang lebih faham terutama bab untung dan rugi.

#2 Survey Beberapa Dana

Bila dah faham konsep unit trust, barulah korang boleh mula survey atau pilih dana-dana yang ada dekat Malaysia.

Ada banyak jenis dana yang berbeza risiko. Ada low risk, medium risk dan high risk. Kalau risiko rendah, pulangan pun rendah.

Kalau korang melabur untuk persaraan, disarankan untuk ambil yang medium risk punya dana.

#3 Baca Fund Fact Sheet

Next..Pastikan korang baca detail yang ada dalam Fund Fact Sheet (FFS).

Pastikan baca Fund Fact Sheet yang baru!! Sebab ada UTC yang hanya tunjuk Fund Fact Sheet yang lama sebab masa tu tengah dapat profit yang banyak.

Dalam FFS, korang boleh nampak dana tu melabur dekat syarikat mana satu dalam Malaysia. Lepastu, boleh tahu juga purata keuntungan untuk 10 tahun yang lepas.

Dalam pelaburan unit trust, prestasi semasa bukan menentukan prestasi masa akan datang. Jadi, korang kena tengok betul-betul prestasi dana untuk 10 tahun yang lepas.

#4 Padankan Matlamat Dan Dana

Beli low risk tapi nak buat short term? Tak sesuai.

Sebab tu kena padankan dana yang korang pilih dengan matlamat kewangan korang.

Senang cerita, dalam unit trust, jangan buat pelaburan untuk jangka masa pendek. Kebanyakannya memang tidak berbaloi.

#5 Monitoring

Last sekali, kadang-kadang kita dah buat research banyak tapi masih lagi tak perform seperti yang kita harapkan.

Sebab tu, korang kena ada timeline monitoring untuk pastikan prestasi dana yang korang pilih ikut seperti yang diharapkan.

Pastikan setiap 3 atau 5 tahun, korang review semula prestasi dana yang dilaburkan. Tidak semua dana dalam unit trust boleh bertahan lama dan terus meningkat naik.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post