5 Sebab Kenapa Anda Perlu Main Permainan 'Cashflow 101' Ciptaan Robert Kiyosaki

Related image

Salah satu cara pembelajaran yang efektif adalah melalui aktiviti atau permainan yang bermanfaat.

Dalam industri kewangan sendiri, terdapat satu permainan yang boleh membantu anda belajar mengurus duit dengan baik iaitu Cashflow 101 yang diperkenalkan oleh pakar kewangan, Robert Kiyosaki.

Jika anda mahu belajar kewangan melalui permainan, kami sarankan anda untuk mencuba permainan ini.

Berikut adalah lima (5) sebab kenapa anda perlu bermain permainan Cashflow 101 ini.

#1 Belajar Keluar Dari Rat Race

Setiap orang mempunyai impian untuk bekerja sendiri dan lari dari kerja makan gaji.

Dalam permainan ini, perkara pertama yang anda boleh belajar adalah untuk keluar dari Rat Race atau makan gaji.

Anda akan belajar bagaimana untuk mengurus gaji yang diterima sama ada untuk menyimpan atau melabur.

Sehingga satu masa, anda bejaya keluar dari rutin kerja 9-5 dan mula bekerja sendiri dalam keadaan pendapatan pasif anda sudah banyak.

#2 Bebas Kewangan

Selepas keluar dari makan gaji, anda juga boleh belajar untuk mencapai status 'Financial Freedom' walaupun tanpa gaji tetap setiap bulan.

Banyak instrumen pelaburan yang anda boleh gunakan untuk membantu anda mencapai status Financial Freedom ini. Antaranya adalah seperti saham, hartanah dan juga menyertai perniagaan.
#3 Pendapatan Pasif

Dalam permainan Cashflow 101 juga, anda perlu tahu bagaimana untuk meningkatkan pendapatan pasif melalui hartanah, saham dan perniagaan.

Matlamat anda adalah untuk memastikan pendapatan pasif melebihi dari perbelanjaan anda sebelum anda boleh berhenti dari makan gaji.

Lagi cepat pendapatan pasif anda meningkat, lagi cepat anda keluar dari rutin makan gaji.

#4 Pelaburan Saham, Hartanah, Emas dan Perniagaan.

Anda boleh belajar asas pelaburan saham sepanjang permainan tersebut.

Membeli ketika harga masih lagi rendah, menjual ketika harga sudah tinggi.

Selain itu, anda juga dapat belajar dan melihat bagaiamana pelaburan hartanah membantu meningkatkan pendapatan pasif anda.

#5 Membuat Keputusan Dalan Kewangan

Sepanjang permainan, anda akan terlibat aktif untuk membuat pilihan sama ada untuk membeli sesuatu atau tidak.

Keputusan yang baik akan memberikan pulangan yang baik.

Jika anda ingin mencuba permainan ini, boleh hadir ke sesi permainan di Kuala Lumpur pada 23 Disember 2017. Klik Sini

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post