5 Ciri-Ciri Anda Sudah Bersedia Untuk Membeli Rumah Pertama Sebagai Pelaburan

Related image

Nak beli rumah pertama sebagai pelaburan bukan sesuatu yang mudah. Jika tersilap langkah, banyak kos kerugian yang perlu ditampung.

Berikut adalah lima (5) ciri-ciri yang menunjukkan anda sebenarnya sudah bersedia untuk membeli rumah pertama sebagai pelaburan.

#1 Simpan 10% Setiap Bulan

Jika anda sudah mampu untuk membuat simpanan sebanyak 10% dari gaji setiap bulan, ini menunjukkan bahawa anda sudah bersedia untuk melabur dalam hartanah.

Pelaburan dalam hartanah bukan sesuatu yang mudah. Jika tersilap langkah, profil kewangan anda akan rosak dan rumah anda sendiri boleh dilelong.

Simpanan 10% setiap bulan menunjukkan anda sudah mempunyai asas pengurusan kewangan yang kukuh. Jika rumah tersebut tidak disewakan, anda sendiri mampu untuk membayar ansuran bulanan untuk beberapa bulan.

#2 Deposit Sudah Ada

Suka atau tidak, anda perlu ada deposit untuk mendapatkan rumah pertama. Bezanya, sama ada deposit tersebut banyak atau sedikit bergantung kepada pembelian anda.

Selain deposit, kos permulaan lain yang anda perlu sediakan adalah seperti MRTT/MLTT, kos guaman, kos penilaian dan lain-lain.


#3 Mempunyai Pelan Perlindungan

Beli rumah dulu atau ambil takaful dulu?

Ramai anak muda yang terlalu ghairah untuk melabur dalam hartanah sehingga melupakan pelan perlindungan diri. Pelan perlindungan merupakan satu asas pengurusan kewangan yang lebih penting berbanding pelaburan.

Pelan perlindungan anda boleh membantu anda jika pelaburan anda terganggu disebabkan oleh musibah yang melanda diri.

Ketika sihat, anda mungkin mampu untuk mengurus rumah sewa anda dengan baik. Namun, berbeza pula jika anda tidak sihat.

#4 Mempunyai Rancangan Sendiri 

Pelaburan hartanah adalah untuk satu jangka masa yang sangat panjang. Sekurang-kurangnya untuk lima (5) tahun.

Anda wajib mempunyai satu strategi dan rancangan sendiri sebelum melabur dalam hartanah.

Antaranya adalah seperti strategi untuk sewakan rumah tersebut, strategi untuk jual, rancangan jika tidak berjaya untuk disewakan dan lain-lain lagi.

#5 Research Yang Mencukupi

Nak beli rumah bukan seperti beli kereta. Anda memang perlu membuat satu research yang mencukupi dengan maklumat yang diperlukan.

Segala informasi dan maklumat yang diterima akan membantu anda memilih rumah pelaburan yang baik.

Antara faktor-faktor yang perlu ada adalah seperti faktor lokasi, peluang pekerjaan, fasiliti kawasan, kemudahan awam dan lain-lain lagi.

Beli rumah pertama bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tidak terlalu sukar.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post