5 Cara Untuk Melabur Dalam Hartanah Tanpa Di Kecam Oleh Netizen.

Image result for greed property investor
Pernah satu ketika pelabur hartanah dikecam oleh netizen kerana menjadi punca harga rumah semakin meningkat di Malaysia.

Kecaman tersebut sedikit sebanyak telah menyebabkan kebanyakan pelabur hartanah lebih selesa untuk tidak berkongsi di media sosial.

Namun, jika anda mahu melabur dalam hartanah tanpa dikecam oleh Netizen, berikut adalah cara-caranya.

#1 Hartanah Komersial

Hartanah komersial mungkin kurang popular bagi pelabur hartanah yang masih baru kerana harga lebih mahal dari hartanah residensial.

Selain itu, mencari penyewa bagi hartanah komersial juga lebih mencabar.

Namun, jika anda mempunyai profil kewangan yang kuat, anda digalakkan untuk melabur dalam hartanah komersial kerana untungnya juga lebih besar untuk jangka masa panjang.

Selain itu, hartanah komersial juga tidak akan memberi kesan dengan hidup Netizen yang lain.

#2 Sewa Rendah Dari Pasaran

Jika anda beli rumah dengan jumlah yang banyak, mungkin akan mengguris hati kebanyakan Netizen. Tetapi, jika anda sewakan rumah tersebut dengan kadar lebih rendah dari pasaran, mereka juga akan lebih gembira.

Anda bukan sahaja boleh dapat keuntungan dari kenaikan harga rumah, malah boleh membantu orang ramai mendapatkan rumah dengan kadar lebih murah.

Untuk menyewakan rumah anda dengan kadar lebih rendah, anda perlu beli rumah tersebut juga lebih rendah dari harga pasaran supaya tidak terkesan dengan bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank.

#3 Beli Hartanah RM500,000 ke atas

Kebanyakan hartanah yang menjadi rebutan Netizen adalah rumah yang berharga RM500,000 ke bawah.

Oleh itu, jika anda seorang pelabur dengan profil kewangan yang tinggi, anda boleh mencuba rumah yang berharga RM500,000 ke atas. Hartanah dengan harga ini hanya mendapat permintaan sebahagian dari orang yang kaya sahaja.

#4 Beli dan Diam

Cara lain anda boleh buat adalah dengan melabur secara sembunyi. Maksudnya, hanya anda sahaja yang tahu tentang pelaburan hartanah ini.

Tidak semua orang boleh menerima tentang pelaburan hartanah ini.

Bagi ayah kepada lapan (8) orang anak, tidak salah untuk beli 8 rumah sebagai persediaan untuk anak-anak.

#5 Kawasan Bukan Tumpuan

Pelabur hartanah juga boleh melabur di kawasan yang baru naik atau kawasan bukan tumpuan.

Anda bukan sahaja mendapat keuntungan kerana menjadi pelabur terawal dalam kawasan tetapi juga membantu menaikkan kawasan tersebut.

Anda boleh lihat pembangunan sesuatu kewasan yang baru semuanya kerana terdapat pelabur hartanah yang membantu menaikkan kawasan tersebut.

Baca : Adakah 'Property Bubble' Boleh Berlaku Di Malaysia?


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post