Empat (4) Hadiah Istimewa Dalam Bentuk Kewangan Untuk Anak-Anak UPSR

Image result for student waiting exam result upsr

Hari ini keputusan peperiksaan UPSR akan keluar di seluruh Malaysia.

Ramai ibu bapa dan murid tidak sabar menunggu keputusan tersebut. Jika anak anda mendapat keputusan yang cemerlang, pasti anda mahu belikan hadiah istimewa untuk anak anda.

Berikut adalah lima (5) jenis hadiah dalam bentuk kewangan dan pelaburan anda boleh berikan hadiah untuk anak.

#1 SSPN-i

Perkara pertama anda boleh berikan kepada anak-anak adalah dengan membuka satu akaun SSPN-i.

Anda bukan sahaja membuat satu simpanan pendidikan kepada anak-ana malah mendapat manfaat tambahan lain seperti:

  1. Geran Sepadan - Jika gaji bulanan satu keluarga dibawah RM4,000, anda boleh memohon geran sepadan bernilai tidak lebih dari RM10,000.
  2. Perlindungan & khairat kematian- Anda juga akan mendapat perlindungan seperti manfaat kematian dan cacat kekal.
  3. Pengecualian cukai - Melalui simpanan SSPN-i ini, anda boleh mendapat pengecualian cukai sehingga RM6,000 satu tahun.

#2 ASB

Seterusnya, anda juga boleh membuka akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk anak-anak anda.

Masukkan jumlah yang besar ke dalam akaun tersebut dan beritahu anak anda bahawa duit tersebut akan digunakan ketika masuk ke universiti.

Lebih menarik, anda juga boleh gunakan duit dividen tersebut sebagai hadiah tahunan kepada anak anda. Mereka pasti lebih gembira jika dapat dividen setiap tahun.

#3 Simpanan Emas

Melalui emas fizikal, anak anda akan lebih nampak emas tersebut dan lebih menghargai. Jadikan satu aset jangka masa panjang untuk anak anda.

Dengan pilihan pelbagai corak dan jenis yang berbeza, anda boleh jadikan satu koleksi istimewa untuk anak-anak.

#4 Buku Kewangan

Walaupun masih kecil, anda boleh belikan anak-anak anda dengan pelbagai buku berkenaan kewangan dan pelaburan.

Anak-anak zaman sekarang lebih matang jika diberikan tunjuk ajar dengan betul.

Selain itu, anda juga boleh membawa anak-anak pergi ke seminar atau kelas pengurusan kewangan untuk membuka minda mereka terhadap kewangan.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post