5 Fungsi Penting Pampasan Kematian Yang Anda Perlu Tahu Selain Dari Sekadar Insuran

Related image

Ramai yang tahu bahawa manfaat pampasan kematian perlu diambil untuk ditinggalkan kepada waris.

Bagi ketua keluarga, anda perlu ambil pampasan kematian bagi memastikan orang yang anda tanggung tidak terbeban selepas kematian anda.

Namun, selain dari menanggung perbelanjaan waris yang ditinggal, pampasan kematian juga boleh digunakan untuk tujuan lain.

Berikut adalah antara fungsi lain yang anda boleh gunakan dengan pampasan kematian.

#1 MLTT Untuk Hutang Rumah

Jika anda beli rumah dengan menggunakan pinjaman atau pembiayaan dari pihak bank, anda wajib ada insuran sama ada MRTT atau MLTT. 

Manfaat pampasan kematian juga boleh digunakan sebagai pelindung kepada pinjaman perumahan anda dan digunakan sebagai MLTT.

Apabila meninggal, waris akan dapat pampasan yang lebih banyak berbanding MRTT, dan duit tersebut boleh digunakan untuk menyelesaikan baki pinjaman serta digunakan oleh waris.

#2 Insuran Hutang Kereta

Ramai yang tidak tahu bahawa pinjaman kereta yang mereka ambil tidak mempunyai insuran. Walaupun sesetengah bank ada menawarkan insuran untuk pinjaman tersebut, namun tidak secara menyeluruh.

Manfaat pampasan kematian juga boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang tertunggak kereta anda. Ini bagi memastikan waris anda tidak terbeban perlu menyelesaikan hutang tersebut.
#3 Dana Pendidikan Anak-Anak

Kebanyakan individu menyediakan simpanan dana pendidikan anak-anak melalui pelaburan unit trust atau rumah.

Sebagai contoh, melabur RM300 sebulan dalam Unit Trust untuk tempoh 10 tahun untuk dapatkan RM60,000. Namun, pelaburan tersebut akan terganggu apabila ibu atau ayah tersebut meninggal.

Kesannya, dana pendidikan yang dirancang terhenti dan matlamat tersebut tidak tercapai.

Dengan memasukkan jumlah yang sama  iaitu RM60,000 dalam manfaat kematian, anda juga sudah menyediakan satu dana pendidikan jika berlaku kematian.

#4 Hadiah

Apabila menyebut tentang pampasan kematian, ramai yang hanya fokus kepada pasangan dan anak-anak.

Namun, ramai yang terlupa bahawa pampasan kematian tersebut perlu diberikan kepada ibu bapa walaupun sudah tidak menanggung mereka.

Selain itu, anda juga boleh berikan pampasan kematian kepada institusi lain seperti masjid, rumah anak yatim dan lain-lain lagi sebagai hadiah atau derma anda.

#5 Pelengkap Faraid

Sistem pengurusan harta utama dalam Islam adalah sistem faraid.

Manfaat kematian atau hibah boleh digunakan sebagai pelengkap kepada sistem faraid tersebut.

Contohnya, individu yang mendapat bahagian yang rendah seperti isteri boleh diberikan hibah yang lebih kepadanya. Tujuannya supaya isteri dapat menjalankan tugas menjaga anak-anak dengan baik dan sempurna.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post