4 Tip Kewangan Sebelum Anda Beli Kereta Myvi Baru Berharga RM50,000

Image result for new myvi

Ramai yang tak sabar untuk beli kereta Myvi yang baru sahaja dilancarkan pada harga dari RM45,000 hingga RM57,000.

Dengan harga yang lebih mampu milik, ramai yang menganggap kereta Myvi ini adalah pilihan terbaik.

Kami ingin kongsikan lima (5) tip kewangan yang anda perlu tahu sebelum beli kereta baru tersebut.

#1 Deposit

Ramai yang memilih untuk menggunakan skim tanpa deposit untuk beli kereta.

Lagi banyak deposit yang anda keluarkan, lagi banyak kadar faedah yang anda dapat jimat.

Contoh Tanpa Deposit

Jumlah pinjaman : RM50,000
Jumlah dibayar balik : RM64,625

Perbezaan : RM14,625

Contoh Dengan Deposit

Jumlah pinjaman : RM45,000
Jumlah dibayar balik : RM58,162

Perbezaan : RM13,162

Untung : RM1,500+-

Dengan meletakkan deposit sebanyak RM5,000 atau 10% dari harga kereta, anda telah jimat sebanyak RM1,500.

Jumlah ini boleh digunakan sebagai kos memperbaharui insuran kereta anda.

#2 Insuran Kereta dan Cukai Jalan

Apabila anda sudah dapat kunci, anda perlu bersedia untuk mengeluarkan duit sebanyak RM1,200+- pada tahun hadapan untuk insuran kereta dan cukai jalan.

Lebih mudah, anda buat simpanan sebanyak RM100 setiap bulan sama ada di Tabung Haji, ASB atau boleh bermain kutu.

Simpanan ini bagi memastikan anda tidak mengeluarkan kos sebanyak RM1,200 terus dari gaji anda.

#3 Service & Maintenance 

Walaupun kebanyakan kereta baru menawarkan servis percuma, anda masih tetap perlu mengeluarkan duit untuk barang-barang yang digunakan.

Jika anda gunakan kereta tersebut terlalu kerap, anda mungkin terpaksa pergi untuk servis sebanyak 3 kali dalam masa setahun.

Setiap kali servis memerlukan kos sebanyak RM170 - RM220. Ini bermakna anda perlu menyediakan duit sebanyak RM660 (RM220 x 3) untuk servis kereta anda.

Selain itu, anda juga perlu mengambil kira kos untuk mencantikkan kereta anda seperti kos mencuci dan menambah aksesori.

#4 Petrol, Tol & Parking

Jika tinggal di Lembah Klang, anda tidak dapat lari dari tiga (3) kos serangkai ini iaitu petrol, tol dan parking.

Anda mungkin mampu untuk membayar ansuran bulanan pinjaman kepada pihak bank tetapi anda juga perlu bersedia untuk kos menjaga kereta tersebut.

Jika ansuran pinjaman anda adalah RM500 sebulan, anda sebenarnya perlukan tambahan lagi RM500 untuk kos-kos lain seperti diatas.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post