Rumusan #BAJET2018 : 14 Inti Pati Utama Dalam Bajet 2018 Yang Anda Perlu Tahu

Image result for bajet 2018
Semalan telah berlangsung sesi pembentangan Bajet 2018 dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berikut adalah antara empat belas (14) inti pati utama yang memberi berita gembira kepada rakyat Malaysia.

#1 Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) 

Setiap anak Malaysia yang lahir mulai 1 Januari 2018 sehingga tahun 2022 akan diberikan satu Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 dalam bentuk unit Amanah Saham PNB.

Komen : RM200 dalam Amanah Saham boleh dijadikan sebagai satu Dana Pendidikan untuk anak tersebut.

#2 Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018


Diskaun untuk bayaran balik pinjaman PTPTN seperti berikut:
  • Diskaun 20% - Penyelesaian penuh
  • Diskaun 10% - Bayaran 50% dari jumlah
  • Diskuan 10% - bayaran melalui potongan gaji
Komen : Golongan fresh graduate perlu ambil peluang menggunakan kaedah potongan melalui potongan gaji dengan diskaun sebanyak 10% bagi mengelakkan masalah laporan CCRIS.

#3 Biasiswa pengajian tinggi dan latihan MARA

Peruntukan sebanyak RM2.5 bilion akan diberikan bagi tujuan biasiswa pengajiaan tinggi. Jumlah tersebut adalah tertinggi yang pernah diberikan bagi tujuan tersebut.

Komen : Didik anak-anak yang masih bersekolah untuk mendapatkan biasiswa yang akan diberikan supaya tidak perlu menggunakan pinjaman pendidikan.

#4 Pengurangan kadar cukai pendapatan individu
 
Kadar cukai pendapatan individu bagi tahun 2018 telah dikurangkan seperti berikut:
  • RM20,000 - RM35,000 = 5% ke 3%
  • RM35,001 - RM50,000 = 10% ke 8%
  • RM50,001 - RM70,000 = 16% ke 4%
Komen : Penurunan kadar cukai pendapatan ini membantu mengurangkan beban golongan pertengahan.

#5 Pemansuhan tol

Mulai 1 Januari 2018, kutipan tol akan dimansuhkan bagi tol seperti berikut:
  • Batu Tiga, Shah Alam
  • Sungai Rasau, Selangor
  • Bukit Kayu Hitam, Kedah
  • Eastern Dispersal Link, Johor
Komen : Satu lagi pengurangan beban untuk orang yang bekerja menaiki kereta di kawasan terlibat.

#6 Bantuan pemilikan rumah

Satu peruntukan sebanyak RM2.2 bilion untuk membantu dalam pemilikan rumah melalui pembinaan rumah yang berharga RM250,000 ke bawah.

Komen : Rumah berharga RM250,000 ke bawah mungkin akan berada di kawasan yang lebih jauh dari kawasan bandar.

#7 Wanita mengandung balik awal

Semua penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan dan keatas akan diberikan kebenaran untuk pulang satu jam lebih awal.

Manakala suami juga boleh pulang awal jika lokasi bekerja berhampiran dengan isteri.

#8 *Peruntukan RM1.7 bilion kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak.

#9 Bayaran khas untuk ketua kampung dan Tok Batin.

Bayaran akan diberikan sebayak RM1,500 kepada ketua kampung dan Tok Batin pada:
  • Januari 2018 (RM1,000)
  • Sebelum Aidilfitri (RM500)
#10 Bayaran khas penjawat awam

Bayaran akan diberikan sebayak RM1,500 kepada penjawat awam pada:
  • Januari 2018 (RM1,000)
  • Sebelum Aidilfitri (RM500)
#11 Bantuan khas pesara kerajaan

Semua pesara kerajaan akan menerima bantuan khas sebanyak RM750 dan diberikan pada:
  • Januari 2018 (RM500)
  • Sebelum Aidilfitri (RM250)
#12 Pusat jagaan kanak-kanak

Setiap bangunan pejabat baru perlu menyediakan satu kemudahaan pusat jagaan kanak-kanak di Kuala Lumpur.

#13 Cuti bersalin

Cuti bersalin bagi sektor swasta akan dinaikkan dari 60 hari ke 90 hari seperti mana sektor awam.

#14 Pengecualian cukai ke atas sewaan 

Pendapatan yang diterima melalui penyewaan rumah akan diberikan pengecualian sebanyak 50% bagi sewaan sehingga RM2,000

Untuk baca laporan penuh #BAJET2018, anda boleh muat turun dan rujuk sini BAJET2018

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post