Bagaimana Anda Boleh Dapatkan RM3,000 Setiap Bulan Melalui Kaedah Sublet

Image result for room for rent

Anda boleh jana pendapatan melalui sewa rumah walaupun anda tidak memiliki rumah sendiri. Kaedah ini dikenali sebagai sublet atau kaedah sewa atas sewa.

Bagi individu yang baru dengan kaedah sublet ini, mereka beranggapan bahawa kaedah ini adalah seperti ‘makan atas angin’. Namun, melakukan sublet ini adalah tidak semudah yang disangka tetapi juga tidak terlalu sukar untuk anda memulakannya.

Anda sewa satu rumah, kemudian sewakan semula rumah tersebut mengikut bilik kepada orang lain

Berikut adalah antara langkah yang anda boleh lakukan dengan sublet ini.

Langkah 1 : Matlamat

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan menetapkan matlamat anda dalam sublet ini. Paling mudah, berapa jumlah keuntungan yang anda mahukan dalam sublet ini.

Sebagai contoh, jika anda mahukan RM3,000 sebulan melalui sublet ini, anda perlu merancang dengan baik untuk dapatkan jumlah tersebut.

Jika sebuah rumah mampu memberi anda keuntungan sebanyak RM500 sebulan, anda hanya perlu melakukan sublet untuk 6 buah rumah sahaja.

Langkah 2 : Modal

Kemudian, anda boleh mengambil kira semua kos yang terlibat untuk mulakan sublet ini.

Untuk permulaan, anda hanya perlu ‘siapkan’ satu rumah dahulu terutama rumah yang pertama untuk mengurangkan risiko kerugian.

Antara kos yang anda perlu masukkan adalah seperti berikut:

1. Cat rumah serta alasan mengecat
2. Katil
3. Tilam
4. Bantal
5. Almari
6. Peti ais
7. Mesin basuh
8. TV
9. Pemasaran wifi
10. Meja makan
11. Dapat masak
12. Barang-barang dekorasi rumah

Kos lain yang mungkin terlibat adalah kos untuk membaik pulih atau menambah baik rumah tersebut. Oleh sebab itu, jika anda memilih rumah yang tidak mempunyai kerosakan, anda lebih jimat.

Jika bajet anda tidak mencukupi, cukup sekadar menyediakan perkara asas. Lebih banyak barang yang anda sediakan, lebih tinggi permintaan terhadap rumah tersebut.

Langkah 3 : Lokasi

Ini adalah langkah yang paling penting yang akan menentukan sama ada sublet anda akan beri keuntungan yang banyak atau tidak.

Lokasi yang baik dan mendapat permintaan yang tinggi biasanya lebih mudah disewakan. Untuk penyewaan jenis bilik, permintaan sewa adalah dari golongan individu bujang yang bekerja.

Mereka lebih suka menyewa bilik untuk lebih jimat.

Jika kawasan tersebut tidak mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi, permintaan terhadap sewa bilik juga akan menjadi lebih rendah.

Selain itu, faktor kemudahan pengangkutan awam seperti bas, KTM, LRT dan MRT juga akan memberi kesan terhadap permintaan rumah tersebut.

Bagaimana dengan universiti? Juga merupakan salah satu booster terbaik yang akan membantu meningkatkan permintaan terhadap sewa bilik.

Langkah 4 : Iklan

Langkah seterusnya yang anda perlu lakukan adalah dengan membuat ‘dummy iklan’ untuk melihat permintaan terhadap bilik tersebut.

Jika iklan anda mendapat permintaan yang tinggi, kawasan tersebut adalah baik untuk sublet. Tetapi jika tiada sambutan terhadap iklan yang anda lakukan, kawasan tersebut mungkin kurang sesuai.

Paling penting, pastikan kadar sewa yang anda tentukan adalah sesuai dan memberi keuntungan. Jika terlalu mahal, permintaan mungkin akan berkurang.

Langkah 5 : Perjanjian dengan tuan rumah

Selepas kenalpasti kawasan yang sesuai untuk melakukan sublet, anda boleh terus mencari tuan rumah yang menawarkan sewa rumah di kawasan tersebut.

Paling penting, anda memberitahu tuan rumah berkenaan tujuan anda iaitu ingin melakukan sublet. Anda hanya boleh melakukan sublet jika tuan rumah setuju.

Jika tuan rumah tidak setuju, anda perlu mencari rumah lain. Melakukan sublet tanpa kebenaran tuan rumah adalah satu kesalahan.

Langkah 6 : Tapis Penyewa

Seterusnya, selepas selesai urusan dengan tuan rumah, anda boleh mula mencari penyewa dan menapis bakal penyewa anda.

Berikut adalah antara kriteria penyewa yang anda boleh ambil dan pertimbangkan:
1- Datang untuk melihat rumah/bilik pada masa yang ditetapkan.
2- Mempunyai deposit yang cukup seperti yang tertulis.
3- Menghormati anda sebagai tuan rumah
4- Menghormati penyewa lain di dalam rumah
5- Mempunyai pekerjaan tetap jika bujang

Kriteria lain-lain mungkin mengikut citarasa anda sendiri sebagai seorang tuan rumah. Jika anda berjaya tapis penyewa yang baik dari awal, anda telah menyenangkan kerja anda pada masa hadapan.

Langkah 7 : Sistem

Antara sistem yang anda perlu lakukan adalah seperti berikut:

A) Perjanjian Sewa
Pastikan anda mempunyai perjanjian sewa rumah/bilik dengan penyewa anda. Lebih penting, penyewa anda faham terhadap isi kandungan perjanjian tersebut.

B) Kerosakan rumah
Pastikan anda mempunyai sistem anda sendiri untuk mengatasi masalah kerosakan rumah seperti mempunyai kontraktor sendiri yang boleh menyenangkan kerja anda.

C) Keluar masuk
Kawasan yang mendapat permintaan tinggi biasanya tiada masalah dari segi rumah/bilik tidak berpenghuni. Namun, anda masih perlu memastikan sistem keluar masuk penyewa dalam keadaan yang efisyen.

D) Mentor
Jika anda masih baru dalam sublet, sebaiknya mempunyai mentor anda sendiri supaya dapat membantu anda ketika waktu kecemasan dan masalah yang berat.

E) Kawasan Anda
Jika anda serius dalam melakukan sublet, menguasai sesuatu kawasan adalah lebih baik. Maksudnya, anda fokus kepada satu kawasan sahaja kerana lebih mudah untuk anda menjaga dan mengurus.

Langkah 8 : Hasil

Akhir sekali, anda boleh merasa semua keuntungan hasil dari sublet anda. Jika satu rumah mampu memberikan anda keuntungan sebanyak RM500 setiap bulan, anda hanya perlu melakukan perkara yang sama untuk 6 buah rumah.

Ramai yang sudah melakukan sublet sebagai pekerjaan sepenuh masa mereka sehingga ada yang mengurus 50 buah rumah.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post