5 Sebab Kenapa Wanita Perlu Ada Kad Perubatan Sendiri Sebelum Umur 30 Tahun

Image result for career woman

Wanita sekarang lebih fokus kepada kerjaya di pejabat untuk membantu suami dari segi kewangan. Pada masa yang sama, kaum wanita juga terdedah kepada risiko berlakunya kemalangan ketika melakukan kerja.

Salah satu pelan perlindungan yang perlu diambil oleh wanita hari ini adalah kad perubatan yang lengkap. Tujuan utama kad perubatan tersebut adalah untuk digunakan ketika berlakunya kemalangan dan kecemasan.

Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, kad perubatan merupakan satu alternatif kepada wanita supaya tidak perlu mengeluarkan wang sendiri menyelesaikan kos perubatan di hospital.

Berikut adalah lima (5) sebab utama setiap wanita perlu ada kad perubatan sendiri sebelum mencecah umur 30 tahun.

#Caruman Rendah

Faktor utama adalah dari segi caruman bulanan. Berdasarkan risiko, semakin meningkat usia seseorang, semakin tinggi risiko seseorang untuk mendapat penyakit.

Perkara ini menyebabkan caruman anda akan menjadi semakin tinggi dan mahal apabila ambil ketika usia sudah melebihi 30 tahun.

#Banyak Penyakit

Penyakit spesifik wanita adalah lebih banyak berbanding lelaki. Oleh sebab itu, wanita adalah golongan yang paling berisiko untuk menghidap penyakit walaupun masih muda.

Dengan mengambil kad perubatan ketika masih muda (bawah 30 tahun) dan sebelum mempunyai sebarang penyakit, anda sudah melindungi 100% diri anda dari koss perubatan yang semakin tinggi.

#Risiko Kerjaya

Wanita yang bekerja biasanya mempunyai impian untuk meneruskan kerjaya mereka sehingga mereka menjadi seorang boss. Dalam proses untuk menjadi seorang ketua, banyak perkara yang mereka perlu tempuhi.

Salah satu habit yang tidak sihat di pejabat adalah terpaksa duduk untuk tempoh yang lama dan menghadap komputer. Hasilnya, bukan sahaja merosakkan mata tetapi juga menyebabkan berat badan naik sekaligus berisiko untuk menghidap penyakit.

Masalah obesiti dikalangan individu yang mempunyai kerjaya di pejabat sangat merisaukan ketika ini.


#Berhenti Kerja

Terdapat juga wanita yang mempunyai matlamat untuk berhenti kerja terutama selepas mendapat cahaya mata yang pertama.

Jika sebelum ini, anda mungkin sudah mempunyai kad perubatan yang disediakan oleh syarikat. Tetapi apabila berhenti kerja, manfaat tersebut sudah tiada.

Kebanyakan wanita yang berhenti kerja biasanya ketika mencecah umur 30 - 35 tahun.

#Tidak Beban Suami

Faktor yang terakhir adalah kad perubatan yang diambil membantu untuk mengurangkan beban suami.

Setiap suami mahukan yang terbaik untuk isteri terutama ketika berada di hospital atas sebab kemalangan atau kecemasan. 


1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post