4 Langkah Mudah Untuk Mencipta 'Dana Pendidikan' Anak-Anak Tanpa Melibatkan Pinjaman

Related image

Setiap ibu bapa mempunyai impian untuk menghantar anak mereka ke universiti terbaik di dalam atau luar negara. Di Malaysia, setiap individu mempunyai peluang untuk menggunakan pinjaman pendidikan atau biasiswa untuk menanggung kos pembelajaran di universiti.

Melalui pinjaman pendidikan, ramai graduan yang bergelut untuk mencari kerja dan membayar semula pinjaman pendidikan sehingga terpaksa disenaraikan di dalam laporan kewangan CCRIS. Manakala dana biasiswa pula semakin sedikit dan terpaksa dikurangkan.

Bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa harus menyediakan dana pendidikan sendiri untuk anak-anak supaya mereka tidak mengharapkan pinjaman atau biasiswa.

Berikut adalah empat (4) langkah mudah untuk mewujudkan dana pendidikan anak-anak.

#1 Tetapkan jumlah kos pendidikan

Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah dengan menetapkan jumlah kos pendidikan yang diperlukan. 

Jika anda mahu menghantar anak anda ke universiti luar negara seperti UK, kos minimum yang perlu dikeluarkan untuk yuran pendidikan dan penginapan adalah RM125,000 setahun. Jika tempoh pendidikan mengambil masa sehingga tiga (3) tahun, kos terlibat adalah RM375,000.

Jika kos yang diambil adalah seperti medik, kos pendidikan adalah lebih tinggi sehingga RM400,000 setahun.

Selain itu, anda juga perlu mengambil kira kenaikan yuran pendidikan pada masa akan datang.

Anda boleh merancang untuk menyediakan dana pendidikan sebanyak RM500,000 bagi seorang anak.

#2 Tetapkan tempoh dana pendidikan

Purata umur anak akan masuk ke universiti adalah ketika berusia 18 tahun.

Jika anak anda kini berusia 5 tahun, anda mempunyai masa sehingga 13 tahun untuk mengumpul dana pendidikan sebanyak RM500,000.


#3 Pilih instrumen Pelaburan

Jika anda hanya menyimpan untuk mendapatkan RM500,000 dalam tempoh 13 tahun, ia agak mustahil.

Oleh itu, anda boleh memilih instrumen pelaburan seperti berikut:

1. Unit Trust

Pelaburan ini sesuai dengan matlamat anda kerana mempunyai kelebihan untuk jangka masa panjang.

Deposit awal : RM500
Pelaburan setiap bulan : RM1,350
Purata kadar keuntungan : 12% setahun
Tempoh : 13 tahun
Keuntungan : RM500,121

Melalui pelaburan unit trust, anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM1,350 setiap bulan untuk tempoh 13 tahun. Hasilnya, anda akan terima RM500,121.

Bagi sesetengah orang, RM1,350 adalah terlalu tinggi dan pelaburan unit trust mungkin tidak sesuai.

2. Hartanah

Seterusnya, pelaburan hartanah juga sesuai untuk jangka masa panjang.

Rumah Apartment Medium : RM200,000
Kadar kenaikan : RM350,000
Kawasan : Lembah Klang
Keuntungan : RM150,000

Melalui pelaburan hartanah, anda boleh mendapat keuntungan sehingga RM150,000 bagi setiap rumah jenis apartment kos medium. 

Namun, kos pemilikan hartanah adalah sangat tinggi iaitu sebanyak 10% + 5% dari harga rumah. Jika harga rumah adalah RM200,000, anda perlu sediakan RM30,000 sebagai kos pemilikan.

Anda hanya perlu beli 4 buah rumah dalam tempoh 13 tahun untuk mendapatkan keuntungan sebanyak RM500,000. 

Kekurangan pelaburan hartanah dalam mencipta dana pendidikan adalah sukar untuk dicairkan. Anda perlu jual semula rumah anda sekurang-kurangnya pada tahun ke 11 kerana proses menjual rumah tersebut akan mengambil masa yang lama.

3. Takaful Pelan Pelaburan (Investment Linked Product)

Kebanyakan produk investment dalam takaful lebih menguntungkan individu yang mempunyai duit yang banyak.

Umur : 27 tahun
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Eksekutif
Tidak merokok 

Jumlah caruman : RM300,000
Jumlah perlindungan : RM2,000,000 - RM6,000,000

Untuk pelan takaful ini, ayah tersebut dilindungi dengan nilai RM2,000,000 - RM6,000,000. Jika berlaku kematian atau mengalami cacat kekal, jumlah tersebut masih boleh digunakan untuk dana pendidikan anak-anak.

Selepas 13 tahun, nilai pelaburan yang terkumpul adalah sebanyak RM500,000 dan boleh dikeluarkan.

#4 Mulakan sekarang

Akhir sekali, anda boleh pilih instrumen pelaburan yang sesuai dengan anda. 

Anda tidak semestinya perlu pilih satu sahaja instrumen pelaburan tetapi boleh juga untuk mencampurkan atau diversify pelaburan tersebut.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post