4 Jenis Kawan Yang Akan Berhutang Tetapi Tidak Bayar Semula Duit Anda

Image result for borrow money

Pernah tak anda beri pinjam duit kepada kawan kemudian tidak dapat semula duit tersebut? Jangan pelik kerana perkara tersebut memang sering berlaku dikalangan kita.
Hutang Wajib Di Bayar
Sampai satu tahap, orang yang memberi hutang terpaksa merayu-rayu supaya duit tersebut dikembalikan semula.

Berikut adalah 5 jenis kawan yang akan pinjam duit anda tetapi sukar untuk bayar semula.

Related image

1. Jarang Bertegur Sapa

Jika ada kawan yang jarang anda tegur tiba-tiba muncul dalam hidup anda dan ingin meminjam duit, anda perlu lebih berhati-hati.

Golongan seperti ini akan hilang seperti biasa selepas menerima duit dari anda. Mereka berisiko untuk tidak bayar semula hutang anda kerana anda tidak mempunyai banyak maklumat berkenaan 'kawan' anda tersebut.

Image result for change phone number

2. Kerap Tukar Nombor

Salah satu punca ramai orang suka bertukar nombor telefon adalah kerana mereka mahu lari dari pengutip hutang.

Cuba lihat berapa kerap kawan anda tukar nombor telefon.


Image result for food selfie facebook

3. Lifestyle Lebih Penting

Jika kawan anda tersebut ingin meminjam duit anda tetapi pada masa yang sama sentiasa makan di tempat mahal dan selalu pergi melancong, anda mungkin boleh lupakan sahaja.

Individu yang mempunyai gaya hidup yang mahal ini biasanya sukar untuk kurangkan gaya hidup mereka.

Related image

4. Tidak Tepati Janji Pertama

Ketika meminjamkan duit kepada rakan anda, pastikan anda sudah membuat perjanjian mengenai tarikh untuk bayaran semula.

Jika kawan anda gagal untuk membayar semula hutang anda pada tarikh yang dijanjikan, anda mungkin boleh lupakan sahaja duit anda itu.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post