Teknik Terbaik Untuk Keluar Dari Hutang Yang Banyak

Image result for debt

Masalah hutang yang terlalu tinggi adalah perkara biasa dikalangan rakyat biasa. Masalah seperti ini biasanya terjadi kerana gagal mengurus kewangan dengan baik.

Berdasarkan kajian yang kami lakukan, ramai individu yang terjebak dengan hutang seperti pinjaman kereta terlalu tinggi, pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan pinjaman rumah.

Jika anda salah seorang yang mempunyai masalah hutang yang terlalu tinggi, berikut adalah beberapa langkah yang boleh ambil

Buat Rancangan Bebas Hutang

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mempunyai niat untuk bebas dari hutang. Anda perlu memberi komitmen sepenuhnya supaya hutang anda dapat diselesaikan.

Selagi anda tidak mempunyai niat untuk bebas dari hutang, selagi itu setiap rancangan anda akan gagal.

Untuk merancang, anda perlu tahu beberapa perkara seperti berikut:
  • Jumlah hutang
  • Pemberi hutang (nama bank)
  • Tempoh hutang
  • Jenis hutang
Seterusnya, anda perlu bahagikan hutang yang perlu diselesaikan lebih awal seperti kad kredit dan pinjaman peribadi. Manakala hutang kereta dan rumah pula, bergantung kepada tahap bebanan anda selepas hutang kad kredit dan peribadi selesai.

Kenali Jenis Hutang

Terdapat dua jenis hutang yang sering di ambil iaitu fixed (seperti hutang kereta, kad kredit dan peibadi) dan reducing method (hutang rumah).

Perbezaan utama adalah dari segi jumlah faedah/keuntungan yang perlu dibayar kepada pihak bank. Jika hutang yang jenis fixed seperti diatas, anda perlu bayar jumlah faedah sepenuhnya walaupun selesai dengan lebih awal.

Manakala untuk hutang jenis reducing method, jumlah faedah/keuntungan boleh dikurangkan apabila anda selesaikan bayaran prinsipal lebih awal.

Seterusnya, kenalpasti kadar faedah setiap hutang yang anda miliki. Susun hutang-hutang tersebut mengikut kadar faedah yang semakin rendah hingga semakin tinggi. Pada masa yang sama, lihat juga kepada bayaran ansuran setiap bulan yang perlu dibayar.

Tambah Pendapatan

Jika anda memang betul-betul berniat untuk bebas dari hutang yang terlalu tinggi, anda perlu tambah pendapatan. Cara ini akan membantu mengurangkan hutang anda lebih awal.

Buat apa sahaja yang anda boleh lakukan untuk tambah pendapatan dan kurangkan hutang anda. Berikut adalah beberapa contoh pekerjaan sampingan yang anda boleh lakukan:

  • Uber/GrabCar
  • Perniagaan Online
  • Kedai fastfood
  • Pendapatan melalui komisyen
Anda boleh tambah pendapatan yang sesuai dengan diri anda supaya tidak mengganggu pekerjaan hakiki anda.

Anda hanya perlu buat kerja tambahan sehingga hutang anda dapat dikurangkan seperti yang anda mahu. Pastikan juga kerja tambahan yang anda lakukan adalah berbaloi dan dapat membantu anda mengurangkan hutang.


Buang Hutang Yang Paling Sedikit

Selesaikan dahulu hutang yang paling sedikit dan mudah untuk diselesaikan.

Contohnya:

  • Hutang Peribadi 1 : RM20,000
  • Hutang Peribadi 2 : RM60,000
  • Hutang kad kredit : RM10,000
Berdasarkan kepada senarai hutang diatas, hutang kad kredit adalah hutang yang paling sedikit jumlahnya. Oleh itu, fokus untuk selesaikan dahulu hutang tersebut.

Setiap bulan anda boleh buat pembayaran lebih untuk habiskan hutang kad kredit tersebut lebih awal. Manakala hutang yang lain, anda hanya perlu bayar seperti biasa. Apabila sudah selesai, anda akan dapat lihat jumlah hutang anda sudah berkurang iaitu dari 3 sumber kepada 2 sumber.

Apabila hutang kad kredit sudah habis, anda fokus pula kepada hutang peribadi 1 kerana jumlahnya lebih rendah.


Kurang perbelanjaan

Jika anda berjaya tambah pendapatan tetapi perbelanjaan pula semakin meningkat, hutang anda tidak akan berjaya dikurangkan.

Oleh sebab itu, selain tambah pendapatan, anda juga perlu kurangkan perbelanjaan dan berjimat cermat. Anda juga perlu rendahkan gaya hidup anda dari sebelum ini.

Cara ini akan membantu anda untuk mengurangkan hutang semasa anda.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post