Sentiasa Mulakan Pelaburan Anda Dari 'Belakang' Dan Bukannya Dari 'Depan'

Image result for start from end investment
Ramai yang ingin melabur tetapi lupa tentang satu syarat penting dalam pelaburan. Jika anda ingin mulakan pelaburan, sentiasa mulakan dari belakang.

Apa maksudnya?

Setiap pelaburan mestilah bermula dari belakang iaitu melalui matlamat atau goal yang ingin dicapai. Kemudian, baru anda pilih instrumen pelaburan yang sesuai.

Kebanyakan yang melabur hari ini hanya tahu melabur tetapi tidak tahu arah tujuan pelaburan mereka.

Belakang - Matlamat yang ingin dicapai
Depan - Jenis instrumen pelaburan untuk capai matlamat

Kebanyakan individu yang mulakan pelaburan mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin mendapatkan keuntungan untuk jangka masa yang panjang sama ada untuk persaraan atau pendidikan anak.

Jika anda mempunyai matlamat dalam pelaburan yang jelas, anda boleh pilih beberapa instrumen pelaburan yang sesuai dengan kewangan anda.

Pelaburan Hartanah

Dalam pelaburan hartanah, terdapat dua (2) jenis pelaburan yang anda boleh lakukan iaitu sama ada mendapat keuntungan melalui hasil sewa atau hasil jual semula.

Jika anda mahukan tambahan pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan ketika bersara, ini yang anda boleh lakukan:

Hasil sewa

Jika sebuah rumah boleh disewakan dan mendapat keuntungan sebanyak RM500, anda hanya perlu memiliki 10 buah rumah untuk dapatkan hasil sewa bersih sebanyak RM5,000 setiap bulan.

Keuntungan yang tinggi dalam hasil sewa biasanya boleh diterima melalui rumah apartment atau kondo.

Hasil jual semula

Jika anda mempunyai tunai sebanyak RM1,000,000 dan diletakkan didalam instrument pelaburan berisiko rendah seperti ASB atau Tabung Haji dengan kadar keuntungan 6% setahun, anda sudah memiliki RM60,000 setahun atau RM5,000 sebulan.

Jika sebuah rumah boleh memberi keuntungan sebanyak RM100,000 hasil dari jualan semula, anda memerlukan 10 buah rumah untuk dapatkan tunai sebanyak RM1,000,000

Keuntungan yang lebih tinggi boleh dicapai melalui jual beli rumah jenis atas tanah.

Anda tidak perlu beli rumah yang banyak. Cukup untuk mencapai objektif anda.

Pelaburan Unit Trust

Bagi kebanyakan individu atau golongan muda, mereka lebih berminat dengan pelaburan bulanan kerana lebih mudah dan sesuai.

Secara asas, anda boleh baca artikel 'RM300 sebulan untuk tempoh 30 tahun, menjadi RM1,000,000'

Sebelum mulakan pelaburan dalam unit trust, tanya diri anda dahulu berapa jumlah yang anda perlukan. Jika untuk persaraan, anda boleh kira jumlah perbelanjaan anda ketika berusia 50 tahun.

Jika anda hanya mahu RM200,000 dalam tempoh 20 tahun, anda hanya perlu melabur sebanyak RM200 sebulan sahaja.

Susun dan rancang pelaburan anda serta dapatkan nasihat dari konsultan yang berdaftar.

Pelaburan ASB

Konsep pelaburan ASB adalah sama seperti Unit Trust cuma berbeza dari segi risiko dan pulangan.

Pastikan anda tahu berapa jumlah keuntungan yang anda ingin dapat dan berapa lama tempoh pelaburan tersebut.

Kebanyakan individu yang mulakan pelaburan tanpa matlamat, hanya akan berhenti setengah jalan sahaja.

Anda juga perlu tahu berkenaan strategi yang perlu dilakukan jika pelaburan anda tidak memberi keuntungan seperti yang diharapkan (exit strategy).

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post